Saturday 30 July 2011

jadual yang tak berapa nak cool sangat laa..


Memandangkan jadual kelas dah keluar, jadi mulai hari ini aku kena plan betul-betul, kelas mana yang perlu di ponteng selalu,hihi...

hari rabu ada satu je kelas... emmm.. boleh tido sampai mampos ni,hihi...
lepas tu selasa dengan isnin kelas sampai malam... macam mana nak g tengok wayang ni??!! hohoh..

aku ingat sem ni nak kerja, cari duit belanja sikit, malas laa nak mintak duit dengan bapak aku je, bapak aku tu dah la nak pencen dah..
emm... pinjaman mara pun baru nak mohon ni..

tapi.....  bila dapat jadual macam ni nampaknya tak de can laa aku nak kerja sem ni...
apa nak buat.. nasib badan daa...

tapi aku akan cuba jugak cari kerja..
cari mereka yang sanggup bagi aku kerja pada hari sabtu dengan ahad je,hihi.. harap-harap ada.. amin..

tapi kalau kerja potong babi ke, jual arak ke, jadi gigolo ke.. emmm.. go fuck yourself laa..
aku mencari rezki halal je bang,hihi...

nota kaki ponteng : kalau dah ponteng@skip kelas tu, jangan lupa minta nota dan assignment dari kawan, kalau tak sampai tua la kau jadi bodoh.. kan??hihi...

Tuesday 26 July 2011

"Bir Halal" ni... halal ke haram??

sekarang ni aku menjadi agak keliru laa dengan jakim, dan akan menjadi semakin was-was!!
dulu heboh pasal yang makanan ni laa makanan tuu laa, sikeret resepii laa dan macam-macam lagi, benda-benda ni diorang cakap..kejap halal, kejap haram pastu halal balik..
adoyyy!!! pening2!!

sekarang pulak pasal barbican nih..
dulu ye ye oo je cakap haram( klik disini ) , tapi sekarang cakap halal pulak( klik disini) ..

adakah benda tu menjadi haram bila tiada apa-apa bayaran kepada pihak atasan dan menjadi halal bila ada bayaran kepada pihak atasan??? emmm... aku pun tak tahu, tak berani pulak nak cakap, nanti tak pasal-pasal kena saman,hihi...

apa pun, diaorang dah cakap halal ni kita bedal je, kalau betul-betul haram pandai-pandai lah diaorang tanggung dosa kita ni yekk.. boleh ke cakap macam tu??.. hihi...

dulu selalu jugak beli sebelum jakim cakap haram tu, sekali beli sampai 3 bucket simpan dalam peti sejuk banyak-banyak, nasib baik tak kena kencing manis,hihi...

AKU TANYA LA PULAK JJIRAN AKU, SEKARANG BARBICAN NI HALAL KE HARAM??
JIRAN AKU JAWAB..
PERGI MAMPOS KAU LAA!!
(TAK UPGRADE LANGSUNG JAWAPAN JIRAN AKU NI,HIHI)

MINUMAN KEGEMARAN AKU DAN JIRAN AKU SUATU MASA DAHULU

nota dahi berkerut : Ustaz Azhar bagitau, barbican ini asalnya halal, ia menjadi haram bila botolnya seperti botol arak dan akan timbul fitnah daripada orang lain kepada si peminum...  soalan saya kepada ustaz.. adakah ia tetap menjadi fitnah kerana barbican kini sudah di kenali ramai umat islam di malaysia??

Monday 25 July 2011

Universiti Kuala Lumpur (MITEC) Di cemari Bendera Berkeris..

seperti mana yang aku tahu laa, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) melarang mana-mana pelajar terlibat di dalam mana-mana parti politik samada Umno,Pas,Keadilan,Mic,Mca,Dap dan sewaktu baginya...

tapi yang membuatkan aku menjadi agak hairanlaa, bila emmm.. ceritanya begini, baru-baru ni pemuda umno telah menganjurkan satu pertandingan futsal di UNIKLMITEC.. aku tak kisah pun pemuda umno or pemuda pas ke nak buat program dalam UNIKL MITEC ni, yang aku rasa agak panas dan bengang bila ada bendera-bendera / logo parti politik telah mencemari kawasan Universiti ni seperti mana yang telah dilakukan oleh pemuda umno ke atas UNIKL MITEC sebelum ini..

cakap mana-mana pelajar dilarang terlibat dalam mana-mana parti politik??? tetapi sekarang apa cerita beb??!!! atau AUKU ni dikenakan untuk orang-orang tertentu je??

kalau nak letak sangat bendera politik dalam universiti tu, mansuhkan laa dulu AUKU tu!!!
sendiri cipta sendiri langgar, bangang!!.. punya manusia ni..

aku nak bagi cadangan yang agak bernas laa sikit dekat pihak pengurusan UNIKL MITEC ni, selepas ini, mana-mana parti politik yang ingin menganjurkan apa-apa program di dalam kampus, mereka dilarang sama sekali menggantung atau meletakkan atau membawa masuk apa-apa logo/bendera parti politik meraka tak kira laa mereka ni umno ke, mca ke, pas ke, dap ke.. harap-harap cadangan aku ini diterima laa oleh pihak pengurusan UNIKL MITEC..


~LOVE M1TEC~


aku tak reka-reka cerita beb, ni bukti dia




nota cap kaki : nota tak jumpa laa hari ni,hihi..




Wednesday 20 July 2011

kenapa kalau ustaz je mesti kahwin dua..

cerita aku kali ni bukannya nak mempersoalkan tentang ustaz-ustaz yang kahwin dua..
tapi kan, semenjak beberapa tahun aku hidup ni, aku lihat kebanyakan ustaz mesti kahwin dua..
mula-mula aku buat pemerhatian terhadap pakcik-pakcik aku yang bergelar ustaz..
emmm... mengikut pemerhatian aku, mereka ni semua kahwin dua.. eiii,best gilerrr!!!!

kajian aku mengenai "kalau ustaz je mesti kahwin dua"  bertambah lebih kukuh apabila seorang ustaz yang yang aku kenali ini pon kahwin dua..

dan bertambah kukuh lagi apabila ustaz yang mengajar aku di Universiti ni dah pon berkahwin dua, dengar cerita siap jemput orang ramai ke majlis perkahwinannya yang ke - 2 ni.. bahagianya ustaz aku ni dapat kahwin dua..

ustaz azhar idrus pon kahwin dua, tuan guru Haji Hadi pon kahwin dua..

memang kebiasaannya apabila digelar ustaz ni memang kahwin dua laa,hihihi...

ni akak aku pon bertunang dengan ustaz, so aku nak nasihatkan kat akak aku bersiap sedialah untuk menghadapi madu anda akan datang,kehkehkehkeh!!!! eiii, jahatnya aku cakap macam tu!!hihi...


kepada wanita-wanita disana, jangan la pulak lepas baca N3 aku ni korang takut nak kahwin dengan ustaz, banyak manfaat kalau dapat kahwin dengan ustaz ni, dapat bimbing korang untuk menuju ke syurga, InsyaAllah..

MADU ITU KAN MANIS.....
                                               HIHI....


nota dahi parut : kepada mana-mana lelaki yang rasa macam nak kahwin dua tu cepat-cepat laa masuk jadi IMAM MUDA,hihi...


dah masuk universiti baru nak bersunat...

seorang mahasiswa berlari-lari anak ikan ke tandas kerana begitu teruja untuk mengerjakan hajat...
perasaannya agak gembira apabila mendapati ada tandas kosong untuk dirinya untuk berhajat..
tapi...

bila masuk tandas je... ohh!!! fuck!!!

air kencing bersepah-sepah di atas tempat alas mangkuk tandas tu menyebabkan dia terpaksa untuk membersihkan dahulu air-air kencing yang dah laa kuning karat!! lepas tu baunya pulak busuk gila babi!!! sebelum mengerjakan hajatnya itu..

kasihan mahasiswa tu, tiap-tiap kali masuk tandas je mesti terserempak dengan air kencing yang bersepah-sepah.. tiap-tiap hari jadi cleaner sukarelawan, kalau setakat satu je tandas macam tu mungkin tidak mengapa, boleh pilih tandas lain, tapi masalahnya semua tandas serupa, air kencing bersepah-sepah!!


melalui story di atas, mengikut tafsiran ikut suka hati aku, mungkin pelajar-pelajar di sana baru je lepas bersunat ( baru lepas kena potong kulit anu nya itu), sebab apa, biasanya mereka yang baru je lepas bersunat, pancutan air kencing dari anu nya akan bercabang-cabang, biasanya bercabang dua atau tiga, ada juga yang bercabang-cabang macam kat taman-taman tu..



air pancut di taman

bercabang-cabang


ini menyebabkan pelajar yang bru je lepas bersunat tersebut tidak dapat mengawal pancutan air kencingnya dengan sebaiknya dan menyebabkan air kencingnya bersepah-sepah di atas mangkuk tandas..

nota jari tangan paling tengah : wahh!! rupanya ramai jugak pelajar universiti ni yang baru je lepas bersunat, tahniah!! anda telah memasuki alam dewasa!!!




aku harap lepas sebulan dua bersunat kencing mereka itu akan lurus macam ni, barulah tak bersepah-sepah air kencing atas alas tu.. tak pon kalau nak kencing pancut sangat, angkat la alas tu macam gambar kat atas ni.. bodoh!!!



Sunday 17 July 2011

liku-liku jejak misteri 709!!

 Mungkin agak terlambat untuk aku menceritakan kisah aku pergi ke BERSIH 2.0
tapi, apa aku kesah?? ni belog aku kot,hihi..

Mungkin ada org cakap yg " perlu ke bagitau kau pergi BERSIH?? nak belagak la tu, benda baik tak yah la nak heboh2"... yang ni aku suruh jiran aku je jawab sebab aku dah kompem2 tau apa yang jiran aku nak jawab, nak tau jiran aku jawab apa?? " pergi mampos laa kau!! ",hihi...

cabaran jejak misteri 709 bermula semasa road block dekat bentong, kereta aku terpilih oleh polis untuk
dilakukan pemeriksaan medical check up,kehkehkehkeh... ( "eh, biasa hihi.. asal plak kali ni kehkehkeh??"... tak pe, nnt aku sruh jiran aku jawab,hihi..)

semua beg aku dan saeng2ku (kawan2) digeledah macam kami ni penjenayah besar, penyeludup dadah terbesar!! rupa2nya budak2 baju biru ni just nak cek takut2 ada baju bersih,kehkehkehkeh!!! nasob baik tak de,hihi...
pastu budak biru tu tanya " ni korang nak pergi mana??" degan selamba kitaorang jawab nak g konsert digi,hihi.. dengar je kitaorng nak g konsert digi budak baju biru tu pn terus suruh kami bla, mungkin dia pikir kitaorang betol2 nak gi konsert kot sebab tengok muka sekor2 mcm sampah masyarakat je, tak mungkin nak g bersih.. kehkehkehkeh, kami berjaya menipu si budak baju biru tu dengan begitu tenang, weekkk!!! :P

terlepas cabaran pertama cabaran kedua mula menjelma... sehari sebelum bersih, kereta aku tiba2 rosak!! dah la masa tu kat subang dua!! mcm mana ni nak pergi KL, dah la esk bersih!!! akhirnya kami ambik keputusan untuk tinggalkan kereta kt subang tu dan naik train kt sungai buloh untuk pergi ke KL... semasa OTW nak ke ktm sungai buloh, aku lihat jalan ke KL jem gile babi!!! kereta Q panjang gile, ada la dekat 5-6 kilometer kepanjang Q tu.. fuhh, Alhamdulillah, mungkin ada hikmah juga keret aku rosak, kalau tak mungkin aku akan terperangkap dalam jem nenas tu,hihi...

aku and the gang sampai kl mungkin dlm jam 8 mlm.. lepas tu kami jalan2 pusig2 tawaf2 bukit bintang sampai nak mampos!! ( aku sendiri pon tak tau nape la kami ni dok pusing2 kat BB tu, mungkin seronok kot dapat tengok ramai orang berbilang kaum dan agama,hihi)

selepas dah rase boring yang amat pusing2 kat BB tu, kami ber sepakat untuk tido di masjid india.. jejak bersih kami menjadi semakin mencabar apabila kami di ekori oleh orang yang kami tidak ketahui asal usulnya.. mamat ikut sahaja kemana kami pergi sambil buat2 mesra gittuuwwhh dgn kami...
aku bimbang mamat ni polis je, SB ke, pape ke.... x pasal2 kang kene tangkap tak dan nak join bersih.

dah la mamat ni cakap macam mengarut+berbelit gile, sungguh menakutkan!!!
mamat freak ni ikut kami sampai ke masjid india.. tak boleh jadi ni!!
kami hilang idea macam mana nak lari dari mamat ni.. fuck!!!

tiba2 kami ternampak sekumpulan orang2 tua sedang berkumpul di salah satu sudut banggunan di kawasan masjid india.. lepas tu salah sorang dari gang aku ni bagitau kat mamat freak tu " eh, ce kau pergi tanya2 pakcik2 tua kat tadi tu diorang nak tido mane, mane tau kita boleh join skali"...

lepas tu mamat freak tu pergila kt pakcik2 tu, bila mamat freak tu jauh skit dari kami, kami pun terus cabut lari macam kene kejar ngan anjing,hihi...
kami lari sambil cari hotel2 murah.. kali ni jumpe je mane2 hotel kene terus check in, klu jumpa ngn mamat tu mampos la kitaorng!!! malangnya semua hotel yg kami lalu semua nyer full house,shit!!!

lepas tu kami jumpe la satu hotel yang ada bilik kosong, tapi aircond dia palk bocor, so kami dok pikir2 nak cari lg hotel lain.. sebaik kami kluar je dari pintu hotel tersebut tiba2 kelibat mamat freak tu kelihatan dari jauh berjalan degan laju sambil kakinya macam ter hencot2 sikit kearah kami.. apa lagi!!! cabut lari laa lagi!! haiiyyaaa!!!! mampos2!!!! kami lari pusing2 je kat banggunan di kawasan masjid india tu dan akhirnya kami pergi ke hotel yang aircond bocor tadi tu tgk kiri kanan mamat freak tu dh tak de kami pun terus check in.. bocor pon bocor laa, janji dapat lari dari mamat freak tu,hihihi...

masuk je bilik... lepas solat sekor2 tido mcm orang mampos,hihi...

bangun je pagi esok aku dengar mcm ada orang sedang berkawad, pastu jenguk laa kat tingkap.. tgk2 ramai gile polis sedang berkawad.. lepas berkawad tu mereka bersurai dan dok round kawasan masjid india tu bersama dengan gari plastik sekor sorang..

lepas solat mandi, aku and the gang pon turun ke bawah cari restoran.. semua restoran yang buke full dengan pejuang2 yang nak gi bersih..

fuck off punya org yang cakap kedai bnyk rugi kalau buat bersih.. aku tengok happy gila peniaga, banyak makanan dorang habes di jual...

hampir jam 12 tgh hari aku and the gang pon join demo bersih.. hidup rakyat!!!!!
salah seorang kawan aku di tangkap polis,kehkehkeh... padan muka!!
papepon, aku harap kawan aku dan peserta lain yang ditangkap dapat meneruskan perjuangan menuntut keadilan!!! aku bangga dan tabik sama korang!!!!





sebelum bermulanya demo,masih sempat bergambar dengan blogger "hilang punca"


 

selepas selesai berdemo, sempat juga bergambar dengan kenderaan yang membawa anjing2 najib razak

nota tangan sakti: teruskan perjuangan mu menuntut keadilan wahai rakyat malaysia!!!

Thursday 14 July 2011

Cara untuk mngenalpasti antara telur asli dan tiruan...


TELUR ASLI




TELUR-TELUR TIRUAN


nota sakit kaki : Idea asal di ambil dari peti Rifa Johan di http://petihartakarut.wordpress.com/





pukimak pun ada lagu??hihi..



KASAR TAPI PENUH ERTI...
PADAN MUKA KAU..!!!
JIRAN AKU CAKAP....
PERGI MAMPOSLAA...!!!
HIHI...

Wednesday 13 July 2011

OKU sejak kecil..

semalam dulu, dalam hari isnin gitu lah aku baru balek dari bersih.. ( aku balek lambat sebab my fucking car buat fucking hal) yang pasal kereta aku ni kta cerita lain hari la,hihi..

sampai rumah tu dalam pukol 5.30 pagi, lepas tu apa lagi, tido laa,hihi..

bangun je pagi esok, masa aku nak start melangkah ke bilik air tiba2 kaki aku terasa sakit sikit2.. dalam otak (emm, mungkin silap tido kot, 2-3 jam baik ok la tu)..

lepas beberapa jam sakit tu makin bertambah, shit!!, jangkaan aku silap, makin terhencot-hencot..
tapi lepas aku hantar toyol2 aku balek kuala terengganu, kaki aku rase mcm makin nak oke, yippy!!

malam tu aku pun tido mcm biasa...

bagun je pagi esk, kaki aku makin sakit!! nak pijak lantai pun tak boleh, sakit sgt2!!! OYA (oh ya Allah) sakitnya..

nasib baik la mak aku ni ada tongkat lebih, so aku pinjam tongkat mak aku ni nk wat jalan ( mak aku pakai tongkat sbb dulu dia operate lutut, kuat sgt main bola, nak jd messi la katekan,hihi)..

petang tu aku wat keputusan yang agak bijak... mcm mana pun aku kene gak g jumpa doktor, doktor pakar gitu..

2-3 round bandar last2 aku jumpa la satu klinik "klinik orthopedic and fisio theraphy"..
emm.. mcm sesuai je ntuk jenis kesakitan aku ni...

tak sempat nak pikir 10 kali aku terus je masuk dlm register and jumpa doktor..

mase jumpa doktor......
doktor cakap.......
kaki aku ni jenis flat, tak boleh jalan lama2, berdiri lame, nnt urat cepat tegang& bengkak,sendi akan cepat jatuh..
klu nak kerja pun nanti kene kerja office je( fuck!!aku dah la benci kerja office ni)..
lepas tu tak leh kerja polis, kerjakan polis boleh,hihihi... ( Alhamdulillah,aku pun tak hingin nak jadi anjing najib razak,hihi...

doktor cakap lagi yang kaki jenis flat ni memang jenis kecacatan dari kecil lagi..
kalau masa kecil lagi dah wat langkah2 pencegahan mungkin bila besar kaki tak flat sangat.. ( aku bagitau yang ni kat mak aku, nak tau apa yg mak aku ckp.. "laa,umi dh rase cm cool je sebab lepas lahir tgk2 kaki matkeng flat, bukan senang nak dpt anak yang kaki flat mcm ni" (cool jugak jawapan mak aku nih,hihihi.. ) tapi bile dah besar ni,waa!!! sakit!! nak jalan pun tak boleh, kene pakai tongkat,waaa!!!! ( jiran sebelah cakap.. "ada aku kisah kaki kau sakit??pegi mampos laa"...

nota jari tengah : rupa2nya aku ni memang dah cacat dari baby lagi.. eheemm2!!! ada tak siapa2 tahu mana nak daftar oku??rase2 aku ni dah layak ke belom??hihihihihihihi... 



bahayanya flat foot ni, tulang tu akan cepat jatuh sebab tak da saport, so saport la sukan melaysia, hihi...