Thursday 29 December 2011

fiksyen 302


Ditulis oleh penulis thriller no satu malaysia ramlee awang murshid

Untuk mereka yang hobinya sama macam aku yang suka berfantasi, berangan dan berkhayal-khayalan menjadi atromen, superman dan kadang2 menjadi conan tu elok sangatlah baca cerita2 RAM ni ye~ 

Novel ni berkisahkan hukuman bunuh mandatori yang diada-adakan oleh watak zonan.
Ia disebabkan oleh dendam yang tersumat akibat pembelaan yang tidak adil dan penuh dengan tipu helah berkaitan dengan kematian tunang Irwansyah iaitu Zarina dan menyebabkan pembunuh Zarina terlepas dari hukuman mati mandatori.

Pada asalnya seorang pemimpin kerajaan ataupun nak mudah paham pemimpin umno (kehkehkeh) iaitu Datuk Mahali dituduh membunuh Zarina iaitu setiausahanya. Pertuduhan itu bertambah kukuh apabila Zarina telah mengetahui segala rahsia penyelewengan wang rakyat oleh Datuk Mahali.

Tetapi akhirnya rahsia pembunuh sebenar Zarina terbongkar setelah isteri Datuk Mahali, Datin Ummu Hani mengaku sendiri yang dia melakukan pembunuhan itu dan dibantu oleh pengawal peribadi Datuk Mahali sendiri. Ummu Hani melakukan pembunuhan itu kerana cemburu dengan zarina dan berprasangka bahawa Datuk Mahali mempunyai hubungan sulit dengan Zarina kerana Datuk Mahali memang terkenal dengan sikapnya yang kaki perempuan tetapi rahsia pembunuh sebenar itu hanya diketahui anaknya Rita.

Untuk memastikan rancangan membalas dendam zonan menjadi, ramai yang telah terkorban dan pesakit mental telah menjadi mangsa yang diperalatkan oleh zonan melalui halusinasi dan pengaruh psikologi pesakit mental itu sendiri.

Sepanjang aku membaca cerita ni, nak tau apa yang aku terbayang-bayang mengenai wajah2 watak dalam fiksyen 302 ni..


- Datuk Mahali -


- Datin Ummu Hani -


- Zarina -


Seakan-akan kan???
Kalau nak tau seakan-akan ke tak boleh la terlebih dahulu membaca novel ni,hihi..

Mungkin sinopsis ikut suka hati aku ni tak berapa nak bess tapi Serius, duarius, dan tigarius bess beb cerita ni. 


~Ketika membaca anda akan berfantasi seketika~


Thursday 22 December 2011

muvi yang best untuk ditonton - ice kacang puppy love

g

Walaupun muvi ni sudah lama ditayangkan. tapi aku baru tengok menatang ni 2-3 minggu baru2 ni.
sake la ni bagi kat aku cerita ni. bukan aku jiwe, sake tu jiwe. bajet punk tapi hati jiwe.
kehkehkeh
sake2~
kohkohkoh

Cerita ni mengisahkan kasih sayang antara emak dan anak, ayah dan anak, dan sahabat2..

tidak sukar untuk kita berkawan tetapi agak payah untuk mengekalkan persahabatn itu.

dialah kawan kita
dan suatu ketika dialah musuh kita
lepastu berkawan balik
dan bila mereka pergi
kesunyian pasti menimpa jiwa.

nota kaki muvi : siapa yang belum tengok tu pergi download cepat!! lepas tengok cerita ni baru aku tahu yang perkataan "beng" yang digunakan oleh orang terengganu seperti "milo beng", "tea beng" berasal dari bahasa cina yang bermaksud "ais" "beng = ais" kalau tak salah la, kalau salah tolong perbetulkan. ada paham??!!!

Wednesday 21 December 2011

aktiviti dikala cuti sem - bikin kue teow udang

Sebenarnya aku rasa kue teow udang aku ni same je kot dengan char kue teow yang famous amos di negeri belah utara nu.

Tapi tak kan la nak bagi sama nama, aku kan nak "A" aje!!, mestilah ada kelainan sikit walaupun dengan nama.
kihkihkih!!!

Janji kue teow udang ni hasil titik peluh aku sendiri,hihi

ok, bahan2nya..



untuk 2 orang makan aje
1) kue teow
2) lada kering yang dikisar dengan bawang merah
3) bawang putih
4) telur ayam bukan telur manusia
5) udang sebanyak mungkin tapi tak melebihi satu lori (lupa nak ambil gambar sekali)
dan yang paling penting!!
6) air rebusan kepala udang yang telah disembelih dan dikisar dengan kejam
kehkehkeh!!

Langkah pertama

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau.

lepah tu kan buat gini plop.


masukkan lada kering dan bawang merah yang telah dikisar.
jangan letak banyak sangat bahan ni, nanti kalau pedas dia jadi macam tak berapa bes.
ehemm, aku bukan tak suka pedas tapi masakan  ni jadi tak berapa nak bes kalau pedas sangat.

bila dah agak2 oke sikit tu 

masukkan pula air rebusan kepala udang yang dikisar tu.


Bila air tu dah mula mendidih, masukkan pula udang sebanyak yang mungkin.


bila dah agak2 masak itu punya udang kemudian


baru letak kue teow tu.
bila kue teow tu dah sebati, sehati sejiwa dengan bahan2 sebelum tadinya, masukkan pula telur.
kacau2 sikit lepastu terus tutup api, jangan kasi lama2.



HAA DAH SIAP!!!




Ahhhh sedapnyer!! Ahhh sedapnyer!!

SELAMAT MENCUBA!!!

Aktif melakukan aktiviti seks dapat meningkatkan pointer mahasiswa.


Perh!! tajuk dah macam harian metro. Metroseks,kohkohkoh.

Ok, sekarang ni la kan, boleh tak kalau aku nak cakap yang mahasiswa yang kuat melakukan aktiviti seks ni dapat meningkatkan pretasi akademiknya??

Mungkin jkkkk belah sana setuju tetapi jkkkk belah sini tak setuju.
"anak aku ni Beydah, semakin kuat dia main seks, semakin naik lah pointer dia".. kata jkkkk belah sana
"Ish!! mana ada, anak aku semenjak kuat main seks ni pointer dia semakin menurun la Beydah".. cepat jkkkk belah sini menyangkal stetmen jkkkk belah sana.

Begitu juga dengan Mahasiswa yang aktif didalam politik. Kita tidak boleh dengan semena-menanya mengatakan bahawa mahasiswa yang aktif berpolitik ini akan menurun prestasi akademiknya. Mungkin ada mahasiswa yang semakin meningkat atau menurun prestasi akademiknya bila aktif didlalam politik.

Ada juga mahasiswa yang tidak aktif apa-apa aktiviti luaran dan hanya terperuk didalam kampus sahaja mempunyai prestasi akademik yang teruk dan malah pointernya tidak mencecah 2.0 pun.
Apa bezanya dengan mahasiswa yang mereka bilang bila aktif berpolitik prestasi akademiknya akan merosot?? pergi lancau la mereka yang membuat spekulasi sebegitu!!

Sebenarnya, naik atau menurun prestasi akademik seseorang mahasiswa itu bergantung pada usaha dan keupayaan mahasiswa itu sendiri dan ditambah pula dengan rezki yang Allah berikan.

Bukankah kita disarankan agar aktif didalam aktiviti kokurikulum??
Bukankah kita selalu cakap kebiasaan mahasiswa yang cemerlang dalam akademik merupakan mahasiswa yang aktif dalam aktiviti kokurikulum??
Bagi aku, aktif didalam politik sama sahaja dengan aktif didalam kokurikulum.
Apa yang beza adalah, jika mahasiswa itu berpihak kepada pembangkang, mesti ditentang kuat oleh kerajaan dan jika sebaliknya, mesti disokong penuh oleh kerajaan. Demokrasi kah Malaysia ni??? kehkehkeh!!kohkohkoh!!kihkihkih!!

Aku cukup menyampah bila denga suara2 atau tulisan2 sumbang yang mengatakan.. " biar habis belajar dulu la kalau nak berpolitik pun "

Biar habis belajar dulu ye baru boleh berpolitik??

HEY!!

Lancau lah luu!!

rasa hati??

PERGI MAMPUS!!

Nota kepala politik : Tak kan dah baligh baru nak di ajar sembahyang??

Tuesday 20 December 2011

aktiviti dikala cuti sem - misi mengejar ayam belanda di N9

Demi mencari ayam belanda. Pagi2 jumaat hari tu lagi aku terus lancar pergi N9.

"Eh jap jap,
apa kaitan ayam belanda sampai pergi N9??"

sebab N9 dekat sikit kot dengan Belanda. Tak pun orang2 N9 semua koya belanda belaka,hihihihi..


Sampai je N9 tempat pertama aku pergi ialah Bahau sebab dengor cerita Cik Peah, kat situ bersepah ayam belanda

Sampai je Bahau...


Aik??? mana ayam belanda?? anser je??

katanya cik kioh, semalam mak bedoh datang pergi kautnya semua ayam2 belanda.
katanya nak buat kenduri kawin anaknya semasa kerismes nanti.
kenalah buat gulai ayam belanda. Ikut musim katanya.

celake mak bedoh ni.huh!!

tapi nasib baikla..


rumak cik kioh ni banyak pokok rambutan, lebat pulak buahnya tu.
katanya ni tengah musim buah kayu. kt N9 masa ni buah rambutan,durian,duku macam2 buah ada.


Apa lagi, aku angkut la rambutan tu banyak2. Dah penuh 2 lori baru aku cabut.
 sebelum aku bla tu Cik Kioh ada bagitau yang kat rumah Mek Senoh kat Hulu Bendul pon banyak juga ayam belanda.

"Apa lagi, jom ke hulu bendul!!"

ahh, sibuk kau!! jom2!!

sampai di Hulu Bendul..



Cik Kioh Cik Kioh, ni ke yang Cik Kioh cakap ayam belanda tu??
ni ayam api-api la Cik Kioh, bukan belanda, hadoiii!!


Tapi nasib baikla rumah Mek Senoh ni ada duku. boleh juga aku mentekedarah menatang ni puas2,hihi.

dah agak-agak sesak dah perut ni dengan buah duku, aku pon mintak diri dulu untuk menyelesaikan misi ini.
Sebelum aku nak angkat kaki tu, Mek Senoh ada cakap yang kt Gunung Pasir pun rasanya ada juga ayam belanda.

Oleh kerana penat sangat seharian perjalanan dari Terengganu. Nak rehat2 la jugak. Chalet kat air terjun hulu bendul la menjadi pilihan idaman laa sangat,hihi.


Ni ha chalet tu. Cantikkan belah luar dia. Belah Dalam aku tak cerita la,kihkihkih..

Bangun je pagi esok aku terus gerak pergi ke Gunung Pasir 5-7 km dari Seri Menanti.
Habis Mak Senoh bagitau kat situ pun ada ayam belanda.
Ayam belanda punya pasal Gunung Pasir pun aku sanggup daki,hihi..


Sampai je di Gunung Pasir tiba2 aku terhidu bau hancing.
Bau hancing ni bukan hancing biasa.
Ni bau hancing rebung!!

Aku mesti cari dimana bau hancing rebung ni datang.
OOHHHH!!!

Akhirnya jumpa juga aku asal-usul bau hancing ni.
Rupa2nya ada majlis kenduri kahwin.

Apa lagi, aku pergi langgar la itu punya kenduri.
masuk2 je terus cari tuan rumah.

"Pakcik Tuan rumah, boleh tak saya nak rasa sikit makanan kenduri rumah pakcik ni, cantik anak pakcik hari ni tau"..

Nak tau apa pak cik tu cakap??

"Nasib baik ni kenduri anak aku yang kahwin,kalau aku yang kahwin,aku ajak dengan kau2 sekali makan beradab kat meja pengantin, emmm.. kalau kenduri smael kucing tu, jangan harap, kedekut taik masin,anak dia pun sama juga,kedekut,dah la pinjam duit aku tak bayar2 lagi, haa pergi a makan tu,makan kenyang2 ye nak"

haeeii, gaya pakcik ni sama je dengan cik senoh, sempat lagi buat ketupat.

YEEEHUUUU!!! JOM MAKAN!!!


Tu dia!!! rebung perut masak lemak cili api!! 
Ingat nak angkut aje satu bekas besor tu, tapi pakcik tuan rumah dok kerling aku lain macam je dari tadi.
kehkehkeh!!



Nyumm2!! Rebung perut+ulam+tempoyak+ayam
Alhamdulillah. Dapat makan free hari tu.

Yang paling unik nyer jamuan hari tu, durian pun dia hidang kat aku.


Dah rasa tak boleh nak sumbat lagi makanan2 dekat kenduri tu dalam perut baru aku sambung misi mencari ayam belanda balik.

Smpai puncak gunung nu aku cari. Tapi tak jumpa2 juga.
emm, nak buat macam mana.

Aku tanya lah sorang pakcik tu penduduk gunung pasir kot.
"pakcik, kenapa ayam belanda dah tak ade eh?? ni kan nak kerismes dah."
pakcik tu jawab..
"Ayam belanda kat sini semua dah dihantar balik sebab tak ade passport dan masuk ke malaysia ni secara haram"
Bangsat punya ayam belanda, nak datang malaysia tu buat la passport ke, pas lawatan ke tak pun permit kerja ke. Mengidam aku nak makan ayam belanda tau tak??

Dengan perasaan yang agak kecewa,aku pun pergi kemas2 barang dan terus betolak balik ke terengganu.
:(

Dalam perjalanan balik tu, keluar aje dari seri menanti tu aku terus terserempak dengan menatang nih.


nampak tak, berapa banyak salai tu hah.
Macam best aje. apa lagi, aku parkir kereta elok2 tepi jalan tu terus pergi usha2 menatang2 salai tu.


Oleh kerana dok kejar ayam belanda tak dapat2. Jadi aku buat keputusan muktamad tanpa persetujuan senad untuk membeli 2 ekor itik sebagai  ganti kepada ayam belanda.


KUEKK!!KUEKK!!KUEKK!!


gila cool akak ni. Tetak itik pakai baju nak pergi kenduri kahwin aje.


Dah beli itik aku pun balik terus ke terengganu.
Ayam belanda tak dapat.
itik pun itik lah.

Nota dari ayam belanda: cerita di atas mempunyai unsur tokok tambah dan berbaur fitnah.

Thursday 15 December 2011

Aktiviti dikala cuti sem

~Bikin jeli kelapa bersama Abi~
orang tranung panggil jeli nyior,hihi.


  lepas doh puas teguk air kelapa baru kita simpan untuk buat jeli.

 Bahan2 untuk buat jeli.
Gula,serbuk jeli,agar2 dan kelapa@nyior

Panaskan air kelapa bersama agar2

Lepastu masukkan gula secukup manis

Masukkan serbuk jeli plop lepastu

Masukkan isi kelapa yang telah di carik-carikkan bagai bulu ayam
dan biarkan ia masak sampai tahap didih. Cikgu kata tahap didih 100 darjah selsius. So kena sukat dengan termometer lah kot.kehkeh



Masukkan bahan2 yang dah masak tu dalam bekas yang senang untuk disimpan dan simpan dalam microwave kalau microwave korang tu sejuk gela babi. SImpan sampai dia jadi pepejal ye.
Jeli ni dah ready untuk di makang!!

UMMMM!!! Ahhh sedapnyer!! Ahhh sedapnyer!!


Biasanya aku letak gelatin nak bagi dia toink2!! sikit, tapi hari tu gelatin tertinggal dalam kereta yang di bawa oleh Ismat Sabri ke mesyuarat.
tapi masih sedap cuma tak berapa TOINK2!!

OHH!! upa nak bagitau, air kelapa tu 4 liter untuk satu pek serbuk jeli. Selamat mencuba!!

Aktiviti dikala cuti sem

~Bawak adik-adik pergi makan~

Abang yang baik memang selalu dicium oleh adiknya,hihi..




Aku tolong bawak je adik2. Abang aku ni yang belanja,hihi.




~Join rakan khidmat~

    
Koya semak la natang ni,hihi.




emm..
Banyak lagi aktiviti
tapi internet malam ni banyak lancau r
lembab nak mampus
nak upload 2 keping gambar pun ambik masa setengah jam
orait2
Esok aku curi line wifi jiran aku punya
kita upload gambar2 aktiviti cuti sem banyak2
janji aku dah boleh mengundi
kehkehkehkeh!!
nota kaki cuti : siapa kata cuti sem ni membosankan?? tak pun :p

YEHUUU!!! Aku dah BALIGH!!!

JOM MENGUNDI!!!

Monday 12 December 2011

Movie yang best untuk di tonton.. "Candy"


Muvi ni sebenarnya dah lama keluar, tahun 2006, tapi aku baru je tengok semalam kot.
Agak ketinggalan la jugak aku ni,hihi.
Muvi ni di ambil dari novel karya Luke Davies yang bertajuk, jeng jeng jeng!!

Mempersembahkan!!

Candy : A novel of love and addiction

Mengikut kefahaman ikut suka aku, cerita ni mengisahkan seorang lelaki bernama Dan kapel dengan perempuan bernama Candy. Mereka berdua ni sama-sama ketagih heroin. Bila terdesak mereka sanggup mencuri dan candy sanggup jadi pelacur. Kedua-dua makhluk ni dikatan seni punya orang la. Dan pandai berpuitis dan Candy pandai melukis. Budak dua orang ni pernah cuba untuk berhenti hisap dadah tetapi huh!! susah2!!. Mereka ni agak cool la katekan kerana semasa hari majlis perkahwinan mereka pun mereka ni sempat lagi shot heroin dalam tandas.

Ehem2!! kalau nak tahu cerita ni selanjutnya tengok sendiri r, aku pun malas nak taip panjang2 nih,hihi.
Tak pun korang pergi r tepon Like Devies tu tanya sendiri tuan punya penulis. Tepat sikit kot jalan penceritaan tu,kehkehkeh :p

Cerita ni memang cool dan kadang2 macam bangang juga. Yang penting kita ambil yang baik dan buang yang keruh. Ye ke dok???

nota kaki muvi : download cepat muvi ni!!!