Sunday 4 September 2011

perkataan hari ini "menatang"

Menatang atau natang adalah satu perkataan yang amat popular di kalangan orang terengganu dan kelantan (natea) dan kini perkataan "natang" telah merebak diseluruh malaysia dan digunakan oleh pelbagai suku-sakat kaum di malaysia. (yeke??dah lebih2 ni main suku-sakat pulak,hihi..)

Mengikut kefahaman ikut suka hati aku, perkataan "menatang@natang" ni boleh digunakan dalam pelbagai cara, dalam keadaan marah, atau biasa-biasa contoh:


  1. Bila anda tidak puas hati dengan kelakuan rakan anda terhadap anda.. "natang ni,haish!"
  2. Bila kawan anda berkelakuan pelik.. "mu buat natang apa tu shakir?"
  3. Bila anda menunjukkan sesuatu tindak balas terhadap sesuatu yang anda tidak suka.. "natang apa?"
  4. Boleh juga menjadi sesuatu yang adjektif.. "natang comey la budak ni"
  5. Mewakili seseorang samada dalam keadaan marah atau biasa-biasa.. "aku datang dengan natang ni" & "natang ni r curi duit aku".
"natang" juga boleh dilihat dalam situasi yang berikut:

"susah la natang soalan ni"
"soalan natang apa tau ni"
"natang panas la hari ni"
"wei natang,mu nok g mana"
"natang ni dok tunggu doh aku"
"mu buat natang apa semalam aku kol tak angkat?"
"semalam rumah aku masuk pencuri,natang sungguh la"
"aku nak air, natang!"
"menatang mana berak tak flush ni?!!"

MENATANG SUNGGUH JIRAN AKU,XDE AYAT LAIN SELAIN
"PERGI MAMPOS KAU LAA!". 
HIHI.

banyak lagi kegunaan natang ni, tapi susah la nak terangkan kat sini,hihi..

nota hok natang skali: menatang yang ini tidak sama maksudnya dengan pepatah melayu "bagai menatang minyak yang penuh".

hok = yang

bangang lah diorang ni,dengan sultan pon nak natang-natang juga.









No comments:

Post a Comment