Wednesday 31 August 2011

apa erti merdeka jika dibiarkan penjilat TAHI british memerintah??

Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.

Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.

Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.

Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.

Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.

Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.

Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.

Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.

salin/tampal dari sumber ini 








Monday 22 August 2011

Kenapa dalam PAS pun ada Asabiyah??

Sebenarnya dah lama aku nak bercerita tentang asabiyah dalam pas ni tetapi masih ragu-ragu.
"ok ke kalau aku bercerita benda ni? tak tercalar ke imej parti pas nanti?"
tetapi lama-kelamaan aku rasa tak berpuas hati dengan benda ni, kalau dibiarkan,sampai bila-bila pun ia akan tetap ada. Aku harap N3 aku kali ni dapat sampai ke pengetahuan pihak pas pusat agar mereka dapat "setelkan" benda yang remeh ini, disebabkan benda yang remeh ni la akan membuatkan kita tewas dan tumbang ditengah jalan kelak!!.

Pada 7 mei hari tu, aku ada join mak aku pergi mesyuarat agong tahunan ke - 5,disebabkan minat sangat dengan politik ni,asalnya aku tak dapat masuk tetapi ada perwakilan dari adun kawasan aku ni yang tak datang,jadi aku boleh ganti tempat dia, semasa pemilihan jawatan kuasa, jawatan bagi YDP (betul tak ni?, senang2 jawatan paling atas sekali la) menang tanpa bertanding. aku tak syak apa-apa lagi masa tu, tetapi masa dah balik rumah tu aku buat-buat tanya lah mak aku kenapa jawatan tu menang tanpa bertanding. Mak aku jawab, sebab nanti kalau si B pergi lawan si A semasa pemilihan tu, takut nanti kalau si B menang nanti anak-anak buah dan penyokong si A akan boikot dan tak nak buat kerja, sebab tu si B tak berani nak bertanding juga.

perh, begini rupanya, gila asabiyah!! patut la kawasan kemaman ni pas susah nak menang, kalau begini cara kamu semua bekerja, memang Allah tak akan bagi menang nyer, sebab dah tau, bila menang nanti kot-kot dua kali lima je dengan umno!!

mak aku cakap benda ni kita jangan ambil tahu sangat benda remeh macam ni, kita mesti ambil tahu dan berusaha untuk tewaskan umno,itu agenda kita paling besar.

tetapi bagi aku, sori la. Disebabkan benda remeh ni la agenda besar kita tu semakin kecundang. Disebabkan benda remeh ni la kita susah nak menang. Disebabkan benda remeh ni la Allah tak bagi kita menang. Disebabkan benda remeh ni la kita nampak macam dua kali lima je dengan umno.

Apa ke bangang mereka ni?? bekerja kerana Allah ke bekerja kerana manusia?? kroni??

Aku tahu, tak semua anak buah dan penyokong si A begitu, tetapi jika dah 5 daripada 7 batang tiang sesebuah rumah tu dah patah, macam mana lagi caranya rumah tu nak berdiri kukuh?? dan aku harap yang hanya pas di kawasan ini sahaja yang mempunyai semangat asabiyah itu.

Kalau di ikutkan memang aku tak layak untuk bercerita atau mengkritik benda ni sebab siapa lah aku ni, seorang budak yang baru sahaja layak mengundi pada PRU 13 nanti. (pertama kali tu beb mengundi,hihi). pengetahuan tentang ilmu politik pun amat cetek.Baru nak mengenali dunia politik. tetapi tak salahkan kita saling berkongsi semoga nanti ada penambah baikan.

lagipun aku adalah rakyat yang mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan bijaksana. Kalau dah terjadi macam ni boleh ke berlaku adil dan bijaksana kelak??








Sunday 21 August 2011

Wanita paling seksi di malaysia. Awas 18sx!!

ADAKAH ROZITA CHE WAN PALING SEKSI??


OHH!! BUKAN!!
SALAH!!
100% TIDAK BETUL!!
.
.
.
.
.
_______
-
-
-

NAK TAHU SIAPA PALING SEKSI??
.
.
.

INI DIA!!!


WANITA PALING SEKSI DAN HOT DI MALAYSIA!!
CUTEKAN AWEK NI??
.
.
.
KIHKIHKIH!!!

KEHKEHKEH!!

HOHOHOHOHOHOHO!!!


LANJUT GILA??
HIHI...


Tuesday 16 August 2011

Pandai pun bangang!!

Mengikut kajian ikut suka hati aku, ramai manusia yang mengspesifikasikan perkataan "pandai" itu didalam dunia pembelajaran sahaja sehingga melupakan bahawa perkataan "pandai" itu juga merupakan sesuatu yang subjektif. Begitu juga dengan perkataan "bangang". ye ke dok kajian aku ni?? meh sini aku nok terangkan. 
: D







"pandai" :-

  1. Tak tahu mengira tetapi mahir menulis.. pun pandai
  2. Tak tahu menulis tetapi mahir menaip.. pun pandai
  3. Tak tahu membaca tetapi mahir memasak.. pun pandai
  4. Tak reti bercakap tetapi tak kantoi menipu.. pun pandai
  5. Selalu gagal dalam peperiksaan tetapi selalu berjaya dalam mencuri.. pun pandai
  6. Tak reti fizik tetapi mahir membaiki motor.. pun pandai
  7. Tak reti biologi tetapi mahir buat layang-layang.. pun pandai
"bangang":-
  1. Pandai berak tak reti nak flush.. pun bangang!!
  2. Pandai fizik tetapi tak reti baiki motor.. pun bangang
  3. Pandai kahwin dua tetapi tak reti nak bagi keadilan.. pun bangang
  4. Pandai matematik tetapi tak reti nak sembahyang.. pun bangang
  5. Pandai makan tak pandai simpan.. pun bangang
  6. Pandai kahwin empat tetapi tak pandai nak bayar zakat.. pun bangang
  7. Pandai suruh rakyat berjimat tetapi dia tak pandai nak berjimat, boros sakan.. pun bangang!!
Ayat-ayat di atas adalah pendapat ikut suka hati aku, tak payah nak terpengaruh sangat,hihi..
Jadi, korang pandai-pandai la ye guna perkataan "pandai" dan " bangang" ni,hihi...

nota otak bangang : jangan terasa dengan perkataan bangang kerana kehidupan kita hari ini sentiasa diselubungi dengan perkara-perkara yang bangang.



Sunday 14 August 2011

Kenapa aku masuk Universiti

kalau aku tanya manusia zaman sekarang kenapa dia masuk Universiti, mesti diaorang akan jawab macam ni..

"memangla kena masuk U, kalau tak nanti nak kerja apa"..


"I ni budak pandai,mestila kena masuk U!!"..


"ntah laa,hari tu dah isi borang,tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi tawaran ke mana-mana Universiti"..


"nanti boleh tambah rakan di facebook"..


"pergi mampos laa kau".. haa,ni jawapan dari jiran aku,hihi..

Lantakla apa yang diaorang nak jawab,sekarang aku nak ber-story sikit kenapa aku ingin belajar di Universiti.

Aku masuk U ni.. emm.. matlamat utama aku sememangnya bukan la bila keluar nanti dapat kerja yang bagus-bagus, dapat sijil yang cemerlang, GPA setiap sem dapat anugerah dekan.. HIHIHIHIHI!!! bagi aku bullshit je semua tu,hihi..

tujuan aku masuk ke U adalah sekadar untuk melengkapi proses perkembangan otak dan akal fikiran aku dan juga salah satu proses untuk aku melengkapi struktur-struktur kehidupan aku.. Di U lah aku dapat mengenali pelbagai jenis sikap manusia.. dan tidak lupa juga.. sambil-sambil tu aku dapat mengenali diri aku sendiri,hihi..

Aku anggap belajar di U ini menjadi salah satu hiburan dalam hidup aku.. sebab emm.. aku rasa terhibur kot belajar kat U,hihi..

Dan tak lupa juga!!! haa.. aku dapat mengenali dan mempelajari senario politik di dalam kampus.. memang tak ubah macam politik luar juga, bullshit!! saling men-down-kan sesama sendiri.. tapi tak pe, aku seronok menontonnya,hihi..
dengan itu, aku dapat mematangkan fikiran aku yang tak berapa nak matang ni,hihi..

aku sebenarnya tak kisah pun bila keluar U nanti kerja apa.. best ke, tak best ke, tak de kena mengena dengan apa yang aku belajar ke, dapat gaji banyak ke, sikit ke.. I dont give a FUCK!!.. yang penting aku dapat apa yang aku nak iaitu ilmu dan pengalaman..


bapak aku pun ada cakap " keng, abi tak kisah kalau akeng keluar nanti kerja apa, tak semestinya akeng kena kerja sama dengan apa yang akeng belajar, belajar di U merupakan salah satu penyebab untuk kita menimba ilmu, bukan penyebab untuk kita bekerja".. wah, terharu aku dengar nasihat bapak aku ni.. lebih terharu bila bapak aku cakap " jangan sesekali mintak pinjaman ptptn, mintak mara je, kalau tak dapat mara abi sanggup jual tanah"...  hehe, tak pasal-pasal termasuk gak dialoq pinjaman ni,hihi..

sebenarnya manusia terlalu meletakkan kebendaan yang solid sebagai matlamat hidupnya tanpa memikirkan matlamat yang sedang ber-vaporize sampaikan mereka tidak meletak tuhan sebagai sandaran..

yang mereka tahu bila nak exam je mesti nak kena rasuah tuhan...
"Ya Allah, bagila aku dapat pointer 4.00, nanti aku jadi hamba mu yang soleh"

member aku shakir ada cakap, "manusia ni sebenarnya tidak yakin kepada Allah, jarang orang yang berdoa, Ya Allah, seandainya kehidupanku akan bertambah cerah dengan pointer yang tinggi, bagilah kepadaku pointer yang tinggi, tetapi jika sebaliknya, jangan kurniakan kepadaku pointer yang tinggi".. aku sangat kagum dengan shakir walaupun idealogi dan sikap punk-nya yang kadang-kadang agak bangang,hihi..

jadi apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, jangan ingat kau dapat masuk universiti kau boleh berlagak dengan jiran aku?? fuck off!!.. eh ada kena mengena ke dengan n3 ni??

 - tammat -



nota kepala otak : jangan kecewa bila dapat pointer rendah, usaha lagi!!








Friday 12 August 2011

Bujang Lapok

Tiba-tiba teringat pulak lagu bujang lapok masa zaman kecik-kecik dulu..
tetapi lagu bujang lapok ni versinya lain sikit..
rentak nyanyianya masih sama tetapi liriknya sedikit berbeza..

macam ni liriknya (dalam loghat terengganu) ...

pok pok pok, bujang lapok..
naik basikal macam beruk..
g pasor curi kepok balik dumoh sakit perut..
g klinik,klinik tutup..
g hospital,hospital tutup..
g rumoh tok bomoh, tok bomoh keetok..


kepok = keropok
dumoh = rumah/di rumah
keetok = kentut



nota ibu jari : lepas nyanyi lagu ni semua kena kentut,hahaha

Thursday 11 August 2011

Ayuh anak-anak muda!!!

BANGKITLAH!
AYUH BANGUNLAH ANAK-ANAK MUDA!
BERSAMA KITA BERSATU!
MENGHAPUS SEGALA KEZALIMAN!

BANGKITLAH!
AYUH BANGUNLAH ANAK-ANAK MUDA!
JANGAN TAKUT! JANGAN GENTAR!
BERSAMA KITA BERJUANG!

BANGKITLAH!!
AYUH BANGUNLAH ANAK-ANAK MUDA!
BERSAMA KITA MENENTANG!
MENENTANG MEREKA YANG KORUP!!
MENENTANG MEREKA YANG TAMAK!!
MENENTANG MEREKA YANG MENINDAS RAKYAT!!




ROSLI  DHOBY, PEJUANG  NASIONALIS MUDA YANG PALING AKU KAGUMI..
ADAKAH MASIH ADA ANAK MUDA YANG KENTAL SEPERTI BELIAU??
SEHEBAT ANAK MUDA INI YANG BERUMUR 18 TAHUN KETIKA ITU??



8 sebab kenapa manusia tak flush tahi mereka..

biarlah orang nak cakap aku suka tulis N3 yang kotor-kotor pun..
tapi inilah kisah benar yang terjadi bila anda masuk ke dalam tandas lebih-lebih lagi di tandas awam dan asrama-asrama berdekatan...

aku tak faham kenapa mereka ini begitu payah untuk menekan atau menarik button atau tangkal flush tu..
jadi mengikut andaian ikut suka hati aku, mereka ini...


  1.  lambat nak ke kelas sampai terlupa nak flush..
  2. " tak payah flush laa, nanti ada laa cleaner yang flushkan, nanti kalau aku flush tahi-tahi aku ni, cleaner2 kat sini makan gaji buta laa tak buat kerja" 
  3. "aku masuk tadi pun orang tak flush, aku juga yang flushkan, so lepas aku berak ni aku pun tak nak flush, biar orang lain yang flushkan tahi aku ni"
  4. "tahi aku besar sangat, jadi kalau aku flush pun tak masuk dalam lubang juga, tak jadi apa-apa juga, baik tak payah flush"
  5. " kerajaan suruh berjimat cermat, jadi tak payahlah nak membazir air dengan men-flush-kan tahi aku ni"
  6. "flush tu apa eh??, aku tak tahu flush tu apa, jadi tak payah flush lah"
  7. "I berak cair tadi, kalau tak flush pun takpe"
  8. "aku orang kampung, biasa pakai jirus dengan baldi, tak biasa tekan-tekan button flush ni"

JADI, APA JE YANG AKU NAK CAKAP DEKAT DIAORANG NI??


KORANG NI BANGANG!!!
TAHI SENDIRI, SENDIRI FLUSH LAA!!

APA KORANG RASA BILA MASUK TANDAS JE TERSEREMPAK DENGAN MENATANG NI??? FUCK!!

TAK SALAHKAN RINGANKAN TANGAN UNTUK  FLUSH TAHI ANDA SELEPAS BERAK?? BARULAH TANDAS KITA SENTIASA BERSIH DAN SELESA

Wednesday 10 August 2011

Tak kata sangat.. ( "saya nak tolong cik ni" )

lepas bersahur ni sebelum nak tunggu azan subuh aku rasa macam nak berpuitis la pulak sekali lagi,hihi..
terimalah seadanya walaupun dengan tatabahasa dan pehahaman yang agak lintang-pukang,hihi..





muka lalai hidup kosong..
perut boroi sumbat wang kopi..
maruah tercicir di tapak kaki..
hidup tak disegani, mati di caci..





ORAIT!! 
JOM SOLAT!!


kata-kata tak bosan..

sambil tunggu nak terawih ni aku rasa macam nak berpuitis..
biarla orang cakap aku ni koya Pak Samad ke, koya saterawan ke..
janji ni ayat aku yang punya, tak cedok dari mana-mana,hihi...



duit banyak berboros sakan..
bila tua tak tahu apa nak makan..
macam-macam penyakit menyerang badan..
belum umur 50 tahun dah kena kapan..

duduk terkangkang sambil termenung..
hujan turun dicurahnya terus air di tempayan..
nenek kata jangan..
tetapi dia buat-buat tak paham..
nenek capai rotan..
dia pun lari lintang-pukang


OK, JOM TERAWIH!!!!





Tuesday 9 August 2011

Harta sepencarian yang paling cool!!

Mengikut definisi harta sepencarian yang telah diambil disini, harta sepencarian adalah satu amalan yang telah diterima dalam kehidupan orang melayu sehari-hari. Ia adalah hak pasangan suami-isteri ke atas harta yang dimilik secara bersama semasa mereka menjadi pasangan.


Ok!! kali ini aku nak menyenaraikan perancangan pembahagian harta sepencarian aku dengan isteri aku bila aku dah kahwin nanti,hihi.. (cehh!! awek pun xde, berangan nak kahwin,kahkahkah)..


1) bini aku beli katil dan tilam... aku beli selimut dan cadar,hihi..
2) bini aku beli tv.. aku beli remote control,hihi..
3) bini aku beli almari baju.. aku beli penyangkut baju,hihi..
4) bini aku beli pinggan,mangkuk,cawan.. aku beli sabun pencuci pinggan,mangkuk,cawan,hihi..
6) bini aku beli meja makan.. aku beli alas meja makan,hihi..
7) bini aku beli pelbagai jenis perhiasan rumah.. aku beli pengilap all in one,hihi..


setakat ini sahaja senarai yang aku terpikir untuk menyenaraikannya, kalau aku terpikir lagi nanti, aku akan tambah lagi,hihi...




EMMM.....
OKE TAK???!!!
GERAK DULU!! BYE!!!

nota mata satu : perancangan ini dipanggil perancangan ekonomi yang berhemah terhadap diri sendiri,hihi..






Thursday 4 August 2011

awek-awek.. boleh ke kencing dalam botol??

Tabiat aku ni, asal duduk je kat dalam kenderaan yang dipanggil bas, mesti rasa nak terkencing..
kalau sikit-sikit tu ok laa, tapi ni sampai tak boleh nak gerak-gerk dah, kalau gerak jugak alamaknya bocorlaa,hihi..

tapi kan..  emmm.. masa aku naik bas hari tu tiba-tiba rasa macam pelik gila..
dah tak rasa lagi nak kencing-kencing ni..
jadi boleh laa aku duduk dalam bas tu dengan keadaan yang cool, dah la duk sebelah awek cun masa tu,hihi..

tak sampai setengah jam tiba-tiba aku tengok awek tu macam gelisah gila..
pelik jugak aku tengok, tapi malas nak tegur sebab aku ni pemalu sikit dengan perempuan yang aku tak kenal,hohoh...

tapi, makin lama makin gelisah aku tengok awek ni sampai kedua-dua belah kaki naik atas seat bas..
nampak macam makin parah je minah ni.. ish!! tak boleh jadi ni, kena tanya ni mana tahu kalau-kalau dia kena sakit jantung ke, sakit paru-paru berair ke.. nanti kang kalau dia pengsan tak pasal-pasal aku kena bagi pernafasan mulu ke mulut,hihi...

"emm.. emmm.. awak.. emm.. ada masalah ke?"... lepas aku tanya ni dia cam buat-buat cool kejap,kohkohkoh...

lepas tu dia pun jawab soalan cepu mas aku tadi dengan suara yang agak perlahan (macam orang berbisik dekat telinga) ... "nak kencing, tak tahan.."

owh!! patutlaa aku dh tak rasa nak kencing bila naik bas ni, rupa-rupanya tabiat aku tu dah berpindah ke awek sebelah aku ni,kehkehkehkeh.....

lepas tu dengan berbekalkan ke-cool-an yang aku ada, aku bangun pergi ke pemandu bas..

"bang, ada orang nak kencing, boleh tak berhenti kejap"..
pemandu tu pun jawab tanpa menoleh kearah aku.. " ambik botol ni haa, dah tak sempat nak berhenti ni, dah lewat"...

"fuck off punya pemandu, penting diri!!"... ini je yang mampu aku katakan masa tu di dalam hati,hihi..

jadi aku pun balik semula ke seat dengan berbekalkan botol 1.5L di tangan..

"eh awak.. driver tak nak berhenti, ni haa botol, kencing je dalam ni"... ( sambil ketawa sikit2,hihi)

panngggg!!!! "aduh!!"... aku mengerang kesakitan.. dengan selamba awek ni pergi hempuk kepala aku, fuck!!

" gila apa?? mana lepas nak kencing dalam botol ni!! "... bebel awek tersebut dekat aku,hahaha..

lepas tu aku buat bodoh je, dalam hati "ceh, aku dah tolong kau senang-senang je hempuk kepala aku, kenal pun tak"...

" tolonglaa bagitau dekat driver tu yang saya nak kencing, suruh dia berhenti, please~~" merayu awek tu dekat aku,hihi.. suka-suka~~

aku pun pergi la lagi dekat pemandu tu...

" bang, ada perempuan nak kencinglaa, dia dah tak tahan sangat-sangat"..
"adoyy!! kenapa tak cakap awal-awal yang nak kencing tu perempuan, ingatkan kau, nasib baik dia tak pergi kencing dalam botol tadi tu, kalau tak hancing bas aku ni".. marah pemandu tu kat aku...

"bangang!!... punya pemandu, ada ke aku cakap aku yang nak kencing bodoh!!".. ini je yang aku berani cakap dalam hati masa tu,hihi...

selang beberapa minit, bas tu pun berhenti dekat stesen minyak dan awek tu dapat pergi kencing dengan gembiranya....



nota kaki kencing : boleh ke awek-awek kencing berdiri macam gambar dekat atas tu??hihi..