Saturday 11 August 2012

Bila Yana didakap bidadara.

Malam ini mimpi Yana agak berbeza dari mimpi-mimpi sebelumnya. Kali ini dia didatangi seorang bidadara dari taman kenyalang langit ke tujuh belas ribu. Baunya seperti bauan kasturi dan warna kulit sawo matang dengan bibir kemerah-merahan menambahkan lagi ketampanan seorang bidadara yang berasal dari taman kenyalang langit ke tujuh belas ribu itu. Bersama bidadara itu sepasang sayap putih mengepak sepanjang dua meter. Sekali-sekala bidadara mengibas-ngibaskan sayapnya itu menghasilkan biasan angin. Yana memejamkan mata segenap menikmati setiap embusan angin yang lalu diwajahnya. Kemudian bidadara itu menghulurkan tangannya kepada Yana. Yana tergumam seketika. Bidadara masih menunggu pelawaannya itu dari Yana.Kemudian Yana menyambut tangan bidadara dengan perlahan-lahan sambil tersenyum sipu. Bidadara menarik rapat tangan Yana ke pinggang sebelah kanannya lalu mendakap erat tubuh Yana. Yana terkesima, jantungnya berdegup kencang sekali. Lantas bidadara menguakkan sayapnya dan terbang ke langit. Dari atas langit Yana dapat melihat keindahan bumi ciptaan yang maha Esa. Gembiranya Yana tidak terkira sehingga bintang pun tidak dapat menduga.

" Awak suka saya?".. Tiba-tiba saja muncul soalan dari mulut bidadara.

" Ya, saya suka".. Cepat saja Yana membalas.

" Kenapa?".. Bidadara bertanya untuk kali ke-dua.

" Sebab awak comel, tampan, mempunyai sayap yang bisa membawaku kemana-mana, dan juga awak seorang bidadara"..  Jawab Yana dengan penuh yakin.

Kemudian bidadara itu bertanya lagi, " jika saya ini tidak comel, hudoh, tidak mempunyai sayap dan bukan seorang bidadara? "

Belum sempat Yana menjawab, dengan pantas bidadara itu melepaskan Yana dari dakapannya lalu jatuh la Yana ke bumi lajunya seperti peluru berpandu balestik...

...............................................................................................................


Yana tesentak dari tidur. Dia terpegun seketika dengan bauan sisa-sisa kasturi yang masih memenuhi ruang legar kamarnya.


Wednesday 27 June 2012

kuliat saja langit.

Ku lihat langit. ada saja dia ingin berubah warna. selalunya dia bewarna biru muda. ada juga tiba-tiba bertukar hitam. lewat siang dia suka bertukar ke warna kemerah-merahan. 

Adakah sewaktu warna biru muda itu dikala gembira di hatinya??
Warna hitam pula kerana sedih tak terhingga??
Ataupun warna merah itu adalah api kemarahannya??

Dia juga mampu mengubah warna laut lalu ku lihat laut kebiruan.

Tidak ku lihat sebatang tiang pun yang cuba memberi sokongan kepada strukturnya.

Namun tidak pula ku lihat dia roboh dan jatuh.

Dimana tangannya? dimana kakinya? juling mataku melihat dan mencarinya semua itu.

Ku lihat jauh lagi dan ku lihat seperti tiada penghujungnya.

Sungguh berkuasa sang penciptanya.

Pastinya penciptanya maha kuasa.





antara Unikl punya "provisional results" dan andaian jahat aku.

Baru-baru ni unikl ada mengeluarkan result semester. tetapi kali ini lain sikit. kita boleh tahu samada kita pass atau fail sahaja subjek yang diambil. pointer dan grade tidak ditayangkan. ini yang meghairankan aku. mengikut andaian jahat aku. unikl mengambil langkah ini kerana. sebelum ini mara dah bagi "warning" yang dia akan menyekat pinjaman keatas mana-mana pelajar yang mendapat gpa 2.5 kebawah dua kali berturut-turut. jadi ada gempar-gempur bahawa ramai pelajar unikl akan berhenti belajar jika mendapat gpa  2.5 ke bawah kali ni kerana sebelum ini pun gpa mereka sudah pun  2.5 ke bawah. oleh itu, jika ramai pelajar unikl berhenti secara mendadak. unikl akan menanggung kerugian yang amat besar. langkah terbaik untuk mereka dapat keuntungan walaupun sedikit dengan mengeluarkan result selepas pelajar unikl mendaftar untuk sem baru. sekurang-kurangnya pelajar telah membayar yuran pendaftaran untuk sem baru ini. Biasalah bisness bro.


Ini adalah andaian jahat aku sahaja. aku tak kata benda ni terang-terangan betul. kalau pihak unikl ada agenda lain yang memberi manfaat kepada pelajar. itu cukup bagus. tapi cara unikl mengeluarkan result yang sebegitu memang tidak munasabah dan harus dipertikaikan.



Thursday 21 June 2012

Eqa dan si pemburu ayam hutan.

Racik bersaiz 37 mata mula dipasang oleh Abu di beberapa tempat yang menjadi laluan kebiasaan ayam hutan. Denak disertakan bersama setiap racik yang dipasang. Demi adiknya yang sarat mengandung mengidam ayam hutan, Abu sanggup sahaja masuk ke rimba untuk menjerat ayam hutan.

Harapkan suami Eqa tu, huh apa pun tak boleh! hari-hari kerjanya hanya bermain game dota sahaja. Kadang-kala sahaja dia akan ke kedai Zulkiplee untuk membeli sekotak rokok suria dengan gula-gula hacks perisa cengkih.

Sementara menunggu jeratnya mengena mangsa, Abu bersiar-siar didalam dunia belantara hijau yang sentiasa diiringi melodi dan bunyi-bunyian cengkerik dan belalang sebagai muzik sekadar menyentuh jiwa-jiwa sunyi. Abu menikmati setiap melodinya bersama-sama hembusan angin flora.

Tidak semena-mena bunyian cengkerik dan belalang hilang dan keadaan menjadi senyap dan pegun. Tiba-tiba muncul sekawan rama-rama putih entah dari mana tidak jauh dari tempat Abu berdiri. 

Rama-rama itu kemudian mengeluarkan habuknya. Habuknya terlalu banyak membuatkan mata Abu terasa pedih dan dia sukar untuk bernafas. Tetapi Abu tidak langsung berganjak.

30 jam kemudian habuk itu hilang bersama sekawan rama-rama. Bagi Abu, inilah kali pertama dia mengalami situasi begini.

Dia berasa sangat teruja dengan kejadian aneh itu dan terus pulang kerumah untuk menceritakan peristiwa itu kepada keluarganya sehingga terlupa akan ayam hutan yang di idam oleh adiknya Eqa dan meninggalkan semua jerat-jerat raciknya di dalam hutan.

Eqa yang baru mengandung tiga bulan gembira melihat kelibat abangnya di muka pintu dengan harapan abangnya pulang bersama ayam hutan.

" Amacam bro, dapat tak ayam hutan? ". Tanya Eqa ringkas.

"haa? ayam hutan? ayam hutan dalam hutan la". Jawab Abu ringkas juga.

Abu tiba-tiba berasa keliru dan kebingungan. Short Term Memory Lost!!

Eqa sejurus itu berasa sedih dan hampa.

Eqa terus bangun dan keluar dari rumah. Dia sudah merajuk hati. Suami tidak boleh diharap. Abang pula mengecewakan. Dia kemudian keluar dari rumah membawa diri. Biarlah dia dimakan, ditelan batu belah batu konkrit yang tidak jauh dari rumahnya.

Dia sudah seratus peratus pasrah dan ingin menyerahkan dirinya ke dalam perut batu belah batu konkrit sahaja. Dia tidak tahan lagi!! 

Dia kini sudah tidak jauh dari mulut batu belah batu konkrit. Mulut batu belah batu konkrit itu sentiasa terbuka dan tertutup menunggu untuk menelan mangsa.

mangsanya tidak kira tua atau muda. Kebanyakan manusia menyerahkan diri kepadanya kerana kecewa.

Eqa tersangat kecewa lalu dia terus masuk kedalam mulut batu belah batu konkrit itu menyerahkan diri.


ZAPPPP!!!!


" Akak, ayam belanda ni baru je disembelih tadi ni. Fresh ni. Kalau nak yang murah akak boleh beli jenama first choice." Panjang lebar penerangan si promoter.

Tanpa berfikir panjang Eqa terus membeli ayam belanda yang berjenama first choice dan pulang kerumah dan kemudian dia bermonoloq: 

"Susah sangat nak dapat ayam hutan, nasib baik tesco ni dekat je dengan rumah boleh beli ayam belanda terus. Puas hati aku!". 














Wednesday 20 June 2012

Khayal - part 3

Segumpal awan tadi habis dimakan mereka berdua. Roy dan Julie kemudian meneruskan perjalanan mereka untuk ke rumah Julie bagi menghantar barang-barang yang dikirim oleh Sarah. Sepanjang perjalanan, Roy memerhati sahaja persekitaran dunia barunya itu. Roy dapat melihat susur jalan laluan yang dilaluinya disusun dan di atur dengan batu sungai. Batunya bulat-bulat dan berwarna hitam putih.Rumput hijau memenuhi disetiap sudut kawasan kecuali jalan batu tersebut, menyebabkan tanah dan pasir seakan tidak berpeluang untuk menggapai sinaran mentari. Pokok-pokok rendang yang lebat dengan buahnya pula memenuhi di sebelah tepi kiri dan kanan disepanjang susur jalan batu. Roy cuba untuk memetik buah tersebut tetapi ditegah oleh Julie. Kebanyakan penduduk disini pula menggunakan keldai, kuda dan unta sebagai kenderaan mereka.

" Kenapa aku tak boleh ambil buah tu?". Tanya Roy selepas tangannya ditarik oleh Julie semasa dia ingin memetik buah tadi.

" Kau ni dah lupa ke buat-buat tak tahu? ". Jawab julie lalu meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Roy kebingungan sekejap mendengar jawapan Julie tadi dan terus melangkah laju merapati Julie yang sedikit jauh darinya.


" Amin.. Amin.. ".


Roy tiba-tiba terdengar suara seperti orang berbisik memanggil Amin. Dia kemudian berhenti melangkah dan matanya liar mencari bunyi bisikan tadi.Bisikan itu tidak pula didengari Julie dan dia tidak perasan yang langkahnya terus meninggalkan Roy dibelakang.

Roy terus asyik mencari suara tersebut melupakan Julie yang jauh melangkah kedepan. Di sebalik semak-samun yang diselangi oleh pokok-pokok renek raspberry muncul seekor makhluk berkepala botak, matanya sepet, telinganya panjang kebawah seperti telinga keldai dan ketinggiannya hanya paras lutut orang dewasa. Makhluk itu tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek yang agak lusuh dan comot. Roy terkedu melihat makhluk yang agak pelik itu.

" Amin.. Amin.. sedar nak.. ". Makhluk itu bersuara lagi seperti berbisik sama dengan yang Roy dengar sebelum ini.

" Erk.. siapa kamu?? siapa Amin?? ". Teragak-agak Roy menanyakan soalan.

Tiba-tiba makhluk tersebut menangis dan meraung seperti seorang perempuan yang meratapi kematian kekasihnya. Mata sepet makhluk itu tadi berubah menjadi bulat dan berurat kemerah-merahan.

" Emm.. saya minta maaf  ". Roy jadi serba-salah dan tidak tentu arah melihat kelakuan makhluk tersebut.

makhluk itu terus menangis dan meraung.Tangisannya bertambah kuat pula kali ini.

" Maafkan saya jika soalan tadi menyentuh perasaan kamu, saya tidak sengaja". Berkerut wajah Roy cuba memujuk makhluk tersebut.



Julie mula perasan yang dia melangkah keseorangan tanpa Roy. Dia menoleh ke belakang dan melihat Roy jauh dibelakang seperti sedang bercakap dengan seseorang. Kemudian Julie berlari menuju ke arah Roy.


" Roy, kau buat apa dekat sini?? kau bercakap dengan siapa ni?? ". Tanya julie kehairanan sambil tercungap-cungap apabila sudah hampir dengan Roy. 



Roy memandang kearah Julie yang sedang mengah dengan muka yang penuh dengan keresahan.

" Aku bercakap dengan... ". Roy menjawab soalan julie lalu memandang semula ke arah makhluk tersebut namun makhluk itu hilang lenyap bagai anak ayam disambar garuda.

" Ahh mengarut lah kau ni Roy, mana ada siapa-siapa kat sini!".  Pantas sahaja Julie menangkis jawapan Roy.

" Kau ni kuat sangat berkhayal ni, dah la jom balik. Nanti mak aku marah barang-barang yang dia pesan ni sampai lambat.". Sambung Julie lagi.

Roy bertambah bingung dengan situasi sebentar tadi. Dia seakan tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan fantasi. Mereka kemudian meneruskan perjalanan pulang kerumah Julie.



MINTA MAAF, AKU BUKANNYA GENG-GENG YANG PANDAI MENULIS. CELAKE BAHASA TUNGGANG LANGGANG.
EH ESOK LUSA AKU PIKIR LAGI MACAM MANA NAK SAMBUNG CERITA NI, KEHKEHKEHKEH!! 























































































































































































+

Tuesday 19 June 2012

kisah gadis cashier

Dengan berbekalkan wang lima ringgit Ray pergi ke pasaraya Tesco untuk membeli sekotak susu Ducth Lady supaya pagi-pagi lagi keesokan harinya dia boleh minum susu sebelum ke kelas. Sampai sahaja di kaunter bayaran belum sempat lagi cashier meng-scan bar code harga dia cepat-cepat menghulurkan note lima ringgit. Cashier yang memakai tag nama Elly menyambut note itu dengan sekilas senyuman. Ray buat -buat tak nampak senyuman itu sambil mencebik bibirnya. Ray melihat Elly seperti menulis sesuatu di atas note seringgit dan memberi kepadanya. Note seringgit itu adalah duit bakinya. Ray melihat nombor telefon di coret di atas note seringgit itu. Ray memandang sekali Elly lalu Elly membalas pandangan Ray dengan senyuman manis yang membentuk mulus sepasang lesung pipit halus di pipinya Elly. Ray kemudian memasukkan note seringgit tadi ke dalam tabung anak yatim Pattani Thailand yang terletak di depan belah kanan kaunter sambil berlalu pergi lalu bermonolog, " Gua tak cukup hensem untuk lu, lu terlalu cun dan tak padan dengan gua". Empat belas langkah ke hadapan kemudian Ray menoleh ke arah Elly takut-takut Elly juga sempat mengushanya. Namun Elly tengah sibuk meng-scan barang-barang para pelanggan.

Wednesday 23 May 2012

khayal - part 2

Pukul 12.45 (masa sekarang)...


Roy bersendirian di atas bumbung banggunan yang menempatkan kelas untuk pelajar di universiti tersebut. Fikirannya masih buntu, dia seperti orang yang tiada hala tuju. Sebenarnya dia memikirkan siapa diri dia yang sebenar. Dia berasa seperti berada di suatu dunia yang agak berbeza dan sangat pelik. Suasana udaranya sangat segar, warna awannya berwarna-warni, cuma langit sahaja berwarna biru muda. Di atas bumbung banggunan itu dia dapat melihat permandangan hampir keseluruhan tempat tersebut. Dia dapat melihat bermacam jenis pokok rendang dengan buahnya yang lebat subur tumbuh berkeliaran hampir disetiap kawasan. Di seberang sana dia melihat sebuah perkampungan dimana penduduknya sedang sibuk menuai hasil tanaman mereka, tetapi dia tidak pasti jenis tanaman apa yang sedang mereka tuai, yang pasti warnanya keemas-emasan dan berkilauan sementara itu kanak-kanak riang bermain bersama arnab, rusa dan kancil. Binatang-binatang tersebut sungguh jinak sekali. Tidak jauh dari kampung tersebut, roy melihat tidak kurang dari sepuluh orang kanak-kanak seronok bermain gelongsor pelangi. Pelangi tersebut mengunjur dari bahagian kaki bukit hingga kebawah.

"Sungguh pelik!!".. Roy sekadar menzahirkan kepelikannya itu didalam hati..

" Haa Roy!! jumpa pun kau kat sini, aku dah agak memang ni la tempat biasa kau skip kelas kan??!!".. Lamunan Roy tersentak dengan jeritan Julie tidak jauh dari tempat dia berada.

Roy hanya memandang sekali kearah Julie dan terus memalingkan wajahnya ke arah lain seperti tidak memperduli kehadiran Julie.

Julie menghampiri Roy dan duduk disebelah sahabatnya itu. Pada ketika itu angin bertiup nyaman dan sekali-sekala rambut Julie yang lurus panjang terkena muka Roy. Seketika itu, Julie hanya membisu sambil menikmati udara segar sambil menutup matanya.

" Nama aku Roy?"... Roy memulakan soalannya memecah kebisuan.

Tidak semena-mena Julie membuka matanya lantas memandang tepat ke arah mata Roy. Mata Julie tidak berkedip memandang Roy.

" Yelah, tak kan nama kau Alex pulak. Kenapa dengan kau ni Roy?, banyak makan semut eh?, hahaha.". Julie berseloroh dan tertawa sambil menepuk-nepuk belakang Roy.

" Aku serius ni Juu.. erk." Roy teragak-agak untuk memanggil nama Julie kerana semamangnya dia tidak mengenali gadis tesebut apatah lagi namanya.

" Tak yah nak serius sangat la Roy,eh aku pun rasa malas dah nak pergi kelas lepas ni. Jom ikut aku pergi ambil barang mak aku kat kedai Uncle Sam "..


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Julie...


" Banyak juga eh barang-barang mak kau ni?. Eh kau tinggal kat mana ea? "... Julie tidak memperdulikan soalan Roy dan meneruskan sahaja perjalanannya..

Sedang mereka berjalan, Roy melihat segumpal awan berwarna kuning terapung begitu rendah dan semakin rendah sehingga mencecah ketinggian paras kepalanya lantas Julie meletakkan barang yang dibawanya ke tanah lalu mengejar awan tersebut. Pergerakan awan agak perlahan membuatkan mudah bagi Julie untuk mendapatkannya dan dia mencubit sedikit awan tersebut lalu memasukkan ke dalam mulutnya dan menghisap seperti memakan gula-gula kapas.

Julie memanggil Roy sambil menikmati setiap suapan awan tersebut.. " Roy!! tak nak rasa ke yang ni? manis sangat. sedap tau!! ".

Bagi Julie, waktu begini memang sukar untuk menemui awan yang begitu manis sekali, kadang-kadang awan yang turun tidak seberapa manis kerana pada musim ini, hujan air gula kerap kali berlaku.


OK, disebabkan cerita ini tidak dirangka, hanya melalui idea sepintas lalu, sekarang ini aku kehabisan idea, mungkin esok lusa ada la kot.. kahkahkahkahkahkah!!! ok jom tido esok sambung..