Saturday 11 August 2012

Bila Yana didakap bidadara.

Malam ini mimpi Yana agak berbeza dari mimpi-mimpi sebelumnya. Kali ini dia didatangi seorang bidadara dari taman kenyalang langit ke tujuh belas ribu. Baunya seperti bauan kasturi dan warna kulit sawo matang dengan bibir kemerah-merahan menambahkan lagi ketampanan seorang bidadara yang berasal dari taman kenyalang langit ke tujuh belas ribu itu. Bersama bidadara itu sepasang sayap putih mengepak sepanjang dua meter. Sekali-sekala bidadara mengibas-ngibaskan sayapnya itu menghasilkan biasan angin. Yana memejamkan mata segenap menikmati setiap embusan angin yang lalu diwajahnya. Kemudian bidadara itu menghulurkan tangannya kepada Yana. Yana tergumam seketika. Bidadara masih menunggu pelawaannya itu dari Yana.Kemudian Yana menyambut tangan bidadara dengan perlahan-lahan sambil tersenyum sipu. Bidadara menarik rapat tangan Yana ke pinggang sebelah kanannya lalu mendakap erat tubuh Yana. Yana terkesima, jantungnya berdegup kencang sekali. Lantas bidadara menguakkan sayapnya dan terbang ke langit. Dari atas langit Yana dapat melihat keindahan bumi ciptaan yang maha Esa. Gembiranya Yana tidak terkira sehingga bintang pun tidak dapat menduga.

" Awak suka saya?".. Tiba-tiba saja muncul soalan dari mulut bidadara.

" Ya, saya suka".. Cepat saja Yana membalas.

" Kenapa?".. Bidadara bertanya untuk kali ke-dua.

" Sebab awak comel, tampan, mempunyai sayap yang bisa membawaku kemana-mana, dan juga awak seorang bidadara"..  Jawab Yana dengan penuh yakin.

Kemudian bidadara itu bertanya lagi, " jika saya ini tidak comel, hudoh, tidak mempunyai sayap dan bukan seorang bidadara? "

Belum sempat Yana menjawab, dengan pantas bidadara itu melepaskan Yana dari dakapannya lalu jatuh la Yana ke bumi lajunya seperti peluru berpandu balestik...

...............................................................................................................


Yana tesentak dari tidur. Dia terpegun seketika dengan bauan sisa-sisa kasturi yang masih memenuhi ruang legar kamarnya.


Wednesday 27 June 2012

kuliat saja langit.

Ku lihat langit. ada saja dia ingin berubah warna. selalunya dia bewarna biru muda. ada juga tiba-tiba bertukar hitam. lewat siang dia suka bertukar ke warna kemerah-merahan. 

Adakah sewaktu warna biru muda itu dikala gembira di hatinya??
Warna hitam pula kerana sedih tak terhingga??
Ataupun warna merah itu adalah api kemarahannya??

Dia juga mampu mengubah warna laut lalu ku lihat laut kebiruan.

Tidak ku lihat sebatang tiang pun yang cuba memberi sokongan kepada strukturnya.

Namun tidak pula ku lihat dia roboh dan jatuh.

Dimana tangannya? dimana kakinya? juling mataku melihat dan mencarinya semua itu.

Ku lihat jauh lagi dan ku lihat seperti tiada penghujungnya.

Sungguh berkuasa sang penciptanya.

Pastinya penciptanya maha kuasa.





antara Unikl punya "provisional results" dan andaian jahat aku.

Baru-baru ni unikl ada mengeluarkan result semester. tetapi kali ini lain sikit. kita boleh tahu samada kita pass atau fail sahaja subjek yang diambil. pointer dan grade tidak ditayangkan. ini yang meghairankan aku. mengikut andaian jahat aku. unikl mengambil langkah ini kerana. sebelum ini mara dah bagi "warning" yang dia akan menyekat pinjaman keatas mana-mana pelajar yang mendapat gpa 2.5 kebawah dua kali berturut-turut. jadi ada gempar-gempur bahawa ramai pelajar unikl akan berhenti belajar jika mendapat gpa  2.5 ke bawah kali ni kerana sebelum ini pun gpa mereka sudah pun  2.5 ke bawah. oleh itu, jika ramai pelajar unikl berhenti secara mendadak. unikl akan menanggung kerugian yang amat besar. langkah terbaik untuk mereka dapat keuntungan walaupun sedikit dengan mengeluarkan result selepas pelajar unikl mendaftar untuk sem baru. sekurang-kurangnya pelajar telah membayar yuran pendaftaran untuk sem baru ini. Biasalah bisness bro.


Ini adalah andaian jahat aku sahaja. aku tak kata benda ni terang-terangan betul. kalau pihak unikl ada agenda lain yang memberi manfaat kepada pelajar. itu cukup bagus. tapi cara unikl mengeluarkan result yang sebegitu memang tidak munasabah dan harus dipertikaikan.



Thursday 21 June 2012

Eqa dan si pemburu ayam hutan.

Racik bersaiz 37 mata mula dipasang oleh Abu di beberapa tempat yang menjadi laluan kebiasaan ayam hutan. Denak disertakan bersama setiap racik yang dipasang. Demi adiknya yang sarat mengandung mengidam ayam hutan, Abu sanggup sahaja masuk ke rimba untuk menjerat ayam hutan.

Harapkan suami Eqa tu, huh apa pun tak boleh! hari-hari kerjanya hanya bermain game dota sahaja. Kadang-kala sahaja dia akan ke kedai Zulkiplee untuk membeli sekotak rokok suria dengan gula-gula hacks perisa cengkih.

Sementara menunggu jeratnya mengena mangsa, Abu bersiar-siar didalam dunia belantara hijau yang sentiasa diiringi melodi dan bunyi-bunyian cengkerik dan belalang sebagai muzik sekadar menyentuh jiwa-jiwa sunyi. Abu menikmati setiap melodinya bersama-sama hembusan angin flora.

Tidak semena-mena bunyian cengkerik dan belalang hilang dan keadaan menjadi senyap dan pegun. Tiba-tiba muncul sekawan rama-rama putih entah dari mana tidak jauh dari tempat Abu berdiri. 

Rama-rama itu kemudian mengeluarkan habuknya. Habuknya terlalu banyak membuatkan mata Abu terasa pedih dan dia sukar untuk bernafas. Tetapi Abu tidak langsung berganjak.

30 jam kemudian habuk itu hilang bersama sekawan rama-rama. Bagi Abu, inilah kali pertama dia mengalami situasi begini.

Dia berasa sangat teruja dengan kejadian aneh itu dan terus pulang kerumah untuk menceritakan peristiwa itu kepada keluarganya sehingga terlupa akan ayam hutan yang di idam oleh adiknya Eqa dan meninggalkan semua jerat-jerat raciknya di dalam hutan.

Eqa yang baru mengandung tiga bulan gembira melihat kelibat abangnya di muka pintu dengan harapan abangnya pulang bersama ayam hutan.

" Amacam bro, dapat tak ayam hutan? ". Tanya Eqa ringkas.

"haa? ayam hutan? ayam hutan dalam hutan la". Jawab Abu ringkas juga.

Abu tiba-tiba berasa keliru dan kebingungan. Short Term Memory Lost!!

Eqa sejurus itu berasa sedih dan hampa.

Eqa terus bangun dan keluar dari rumah. Dia sudah merajuk hati. Suami tidak boleh diharap. Abang pula mengecewakan. Dia kemudian keluar dari rumah membawa diri. Biarlah dia dimakan, ditelan batu belah batu konkrit yang tidak jauh dari rumahnya.

Dia sudah seratus peratus pasrah dan ingin menyerahkan dirinya ke dalam perut batu belah batu konkrit sahaja. Dia tidak tahan lagi!! 

Dia kini sudah tidak jauh dari mulut batu belah batu konkrit. Mulut batu belah batu konkrit itu sentiasa terbuka dan tertutup menunggu untuk menelan mangsa.

mangsanya tidak kira tua atau muda. Kebanyakan manusia menyerahkan diri kepadanya kerana kecewa.

Eqa tersangat kecewa lalu dia terus masuk kedalam mulut batu belah batu konkrit itu menyerahkan diri.


ZAPPPP!!!!


" Akak, ayam belanda ni baru je disembelih tadi ni. Fresh ni. Kalau nak yang murah akak boleh beli jenama first choice." Panjang lebar penerangan si promoter.

Tanpa berfikir panjang Eqa terus membeli ayam belanda yang berjenama first choice dan pulang kerumah dan kemudian dia bermonoloq: 

"Susah sangat nak dapat ayam hutan, nasib baik tesco ni dekat je dengan rumah boleh beli ayam belanda terus. Puas hati aku!". 














Wednesday 20 June 2012

Khayal - part 3

Segumpal awan tadi habis dimakan mereka berdua. Roy dan Julie kemudian meneruskan perjalanan mereka untuk ke rumah Julie bagi menghantar barang-barang yang dikirim oleh Sarah. Sepanjang perjalanan, Roy memerhati sahaja persekitaran dunia barunya itu. Roy dapat melihat susur jalan laluan yang dilaluinya disusun dan di atur dengan batu sungai. Batunya bulat-bulat dan berwarna hitam putih.Rumput hijau memenuhi disetiap sudut kawasan kecuali jalan batu tersebut, menyebabkan tanah dan pasir seakan tidak berpeluang untuk menggapai sinaran mentari. Pokok-pokok rendang yang lebat dengan buahnya pula memenuhi di sebelah tepi kiri dan kanan disepanjang susur jalan batu. Roy cuba untuk memetik buah tersebut tetapi ditegah oleh Julie. Kebanyakan penduduk disini pula menggunakan keldai, kuda dan unta sebagai kenderaan mereka.

" Kenapa aku tak boleh ambil buah tu?". Tanya Roy selepas tangannya ditarik oleh Julie semasa dia ingin memetik buah tadi.

" Kau ni dah lupa ke buat-buat tak tahu? ". Jawab julie lalu meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Roy kebingungan sekejap mendengar jawapan Julie tadi dan terus melangkah laju merapati Julie yang sedikit jauh darinya.


" Amin.. Amin.. ".


Roy tiba-tiba terdengar suara seperti orang berbisik memanggil Amin. Dia kemudian berhenti melangkah dan matanya liar mencari bunyi bisikan tadi.Bisikan itu tidak pula didengari Julie dan dia tidak perasan yang langkahnya terus meninggalkan Roy dibelakang.

Roy terus asyik mencari suara tersebut melupakan Julie yang jauh melangkah kedepan. Di sebalik semak-samun yang diselangi oleh pokok-pokok renek raspberry muncul seekor makhluk berkepala botak, matanya sepet, telinganya panjang kebawah seperti telinga keldai dan ketinggiannya hanya paras lutut orang dewasa. Makhluk itu tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek yang agak lusuh dan comot. Roy terkedu melihat makhluk yang agak pelik itu.

" Amin.. Amin.. sedar nak.. ". Makhluk itu bersuara lagi seperti berbisik sama dengan yang Roy dengar sebelum ini.

" Erk.. siapa kamu?? siapa Amin?? ". Teragak-agak Roy menanyakan soalan.

Tiba-tiba makhluk tersebut menangis dan meraung seperti seorang perempuan yang meratapi kematian kekasihnya. Mata sepet makhluk itu tadi berubah menjadi bulat dan berurat kemerah-merahan.

" Emm.. saya minta maaf  ". Roy jadi serba-salah dan tidak tentu arah melihat kelakuan makhluk tersebut.

makhluk itu terus menangis dan meraung.Tangisannya bertambah kuat pula kali ini.

" Maafkan saya jika soalan tadi menyentuh perasaan kamu, saya tidak sengaja". Berkerut wajah Roy cuba memujuk makhluk tersebut.



Julie mula perasan yang dia melangkah keseorangan tanpa Roy. Dia menoleh ke belakang dan melihat Roy jauh dibelakang seperti sedang bercakap dengan seseorang. Kemudian Julie berlari menuju ke arah Roy.


" Roy, kau buat apa dekat sini?? kau bercakap dengan siapa ni?? ". Tanya julie kehairanan sambil tercungap-cungap apabila sudah hampir dengan Roy. 



Roy memandang kearah Julie yang sedang mengah dengan muka yang penuh dengan keresahan.

" Aku bercakap dengan... ". Roy menjawab soalan julie lalu memandang semula ke arah makhluk tersebut namun makhluk itu hilang lenyap bagai anak ayam disambar garuda.

" Ahh mengarut lah kau ni Roy, mana ada siapa-siapa kat sini!".  Pantas sahaja Julie menangkis jawapan Roy.

" Kau ni kuat sangat berkhayal ni, dah la jom balik. Nanti mak aku marah barang-barang yang dia pesan ni sampai lambat.". Sambung Julie lagi.

Roy bertambah bingung dengan situasi sebentar tadi. Dia seakan tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan fantasi. Mereka kemudian meneruskan perjalanan pulang kerumah Julie.



MINTA MAAF, AKU BUKANNYA GENG-GENG YANG PANDAI MENULIS. CELAKE BAHASA TUNGGANG LANGGANG.
EH ESOK LUSA AKU PIKIR LAGI MACAM MANA NAK SAMBUNG CERITA NI, KEHKEHKEHKEH!! 























































































































































































+

Tuesday 19 June 2012

kisah gadis cashier

Dengan berbekalkan wang lima ringgit Ray pergi ke pasaraya Tesco untuk membeli sekotak susu Ducth Lady supaya pagi-pagi lagi keesokan harinya dia boleh minum susu sebelum ke kelas. Sampai sahaja di kaunter bayaran belum sempat lagi cashier meng-scan bar code harga dia cepat-cepat menghulurkan note lima ringgit. Cashier yang memakai tag nama Elly menyambut note itu dengan sekilas senyuman. Ray buat -buat tak nampak senyuman itu sambil mencebik bibirnya. Ray melihat Elly seperti menulis sesuatu di atas note seringgit dan memberi kepadanya. Note seringgit itu adalah duit bakinya. Ray melihat nombor telefon di coret di atas note seringgit itu. Ray memandang sekali Elly lalu Elly membalas pandangan Ray dengan senyuman manis yang membentuk mulus sepasang lesung pipit halus di pipinya Elly. Ray kemudian memasukkan note seringgit tadi ke dalam tabung anak yatim Pattani Thailand yang terletak di depan belah kanan kaunter sambil berlalu pergi lalu bermonolog, " Gua tak cukup hensem untuk lu, lu terlalu cun dan tak padan dengan gua". Empat belas langkah ke hadapan kemudian Ray menoleh ke arah Elly takut-takut Elly juga sempat mengushanya. Namun Elly tengah sibuk meng-scan barang-barang para pelanggan.

Wednesday 23 May 2012

khayal - part 2

Pukul 12.45 (masa sekarang)...


Roy bersendirian di atas bumbung banggunan yang menempatkan kelas untuk pelajar di universiti tersebut. Fikirannya masih buntu, dia seperti orang yang tiada hala tuju. Sebenarnya dia memikirkan siapa diri dia yang sebenar. Dia berasa seperti berada di suatu dunia yang agak berbeza dan sangat pelik. Suasana udaranya sangat segar, warna awannya berwarna-warni, cuma langit sahaja berwarna biru muda. Di atas bumbung banggunan itu dia dapat melihat permandangan hampir keseluruhan tempat tersebut. Dia dapat melihat bermacam jenis pokok rendang dengan buahnya yang lebat subur tumbuh berkeliaran hampir disetiap kawasan. Di seberang sana dia melihat sebuah perkampungan dimana penduduknya sedang sibuk menuai hasil tanaman mereka, tetapi dia tidak pasti jenis tanaman apa yang sedang mereka tuai, yang pasti warnanya keemas-emasan dan berkilauan sementara itu kanak-kanak riang bermain bersama arnab, rusa dan kancil. Binatang-binatang tersebut sungguh jinak sekali. Tidak jauh dari kampung tersebut, roy melihat tidak kurang dari sepuluh orang kanak-kanak seronok bermain gelongsor pelangi. Pelangi tersebut mengunjur dari bahagian kaki bukit hingga kebawah.

"Sungguh pelik!!".. Roy sekadar menzahirkan kepelikannya itu didalam hati..

" Haa Roy!! jumpa pun kau kat sini, aku dah agak memang ni la tempat biasa kau skip kelas kan??!!".. Lamunan Roy tersentak dengan jeritan Julie tidak jauh dari tempat dia berada.

Roy hanya memandang sekali kearah Julie dan terus memalingkan wajahnya ke arah lain seperti tidak memperduli kehadiran Julie.

Julie menghampiri Roy dan duduk disebelah sahabatnya itu. Pada ketika itu angin bertiup nyaman dan sekali-sekala rambut Julie yang lurus panjang terkena muka Roy. Seketika itu, Julie hanya membisu sambil menikmati udara segar sambil menutup matanya.

" Nama aku Roy?"... Roy memulakan soalannya memecah kebisuan.

Tidak semena-mena Julie membuka matanya lantas memandang tepat ke arah mata Roy. Mata Julie tidak berkedip memandang Roy.

" Yelah, tak kan nama kau Alex pulak. Kenapa dengan kau ni Roy?, banyak makan semut eh?, hahaha.". Julie berseloroh dan tertawa sambil menepuk-nepuk belakang Roy.

" Aku serius ni Juu.. erk." Roy teragak-agak untuk memanggil nama Julie kerana semamangnya dia tidak mengenali gadis tesebut apatah lagi namanya.

" Tak yah nak serius sangat la Roy,eh aku pun rasa malas dah nak pergi kelas lepas ni. Jom ikut aku pergi ambil barang mak aku kat kedai Uncle Sam "..


Sepanjang perjalanan pulang ke rumah Julie...


" Banyak juga eh barang-barang mak kau ni?. Eh kau tinggal kat mana ea? "... Julie tidak memperdulikan soalan Roy dan meneruskan sahaja perjalanannya..

Sedang mereka berjalan, Roy melihat segumpal awan berwarna kuning terapung begitu rendah dan semakin rendah sehingga mencecah ketinggian paras kepalanya lantas Julie meletakkan barang yang dibawanya ke tanah lalu mengejar awan tersebut. Pergerakan awan agak perlahan membuatkan mudah bagi Julie untuk mendapatkannya dan dia mencubit sedikit awan tersebut lalu memasukkan ke dalam mulutnya dan menghisap seperti memakan gula-gula kapas.

Julie memanggil Roy sambil menikmati setiap suapan awan tersebut.. " Roy!! tak nak rasa ke yang ni? manis sangat. sedap tau!! ".

Bagi Julie, waktu begini memang sukar untuk menemui awan yang begitu manis sekali, kadang-kadang awan yang turun tidak seberapa manis kerana pada musim ini, hujan air gula kerap kali berlaku.


OK, disebabkan cerita ini tidak dirangka, hanya melalui idea sepintas lalu, sekarang ini aku kehabisan idea, mungkin esok lusa ada la kot.. kahkahkahkahkahkah!!! ok jom tido esok sambung..














Monday 21 May 2012

khayal - part 1

Pagi-pagi lagi abang posmen dah sampai rumah menghantar sepucuk surat yang cukup lengkap dengan nama dan alamatnya.


"Ibu!! along dapat tawaran masuk universiti osaka kt jepun tu mak!!"..


Sememangnya impian Amin untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. tak kisah la negara mana janji luar negara katanya. Katanya lagi, barulah cool belajar kat luar negara ni!! kehkehkehkeh!!

"Alhamdulillah, berjaya juga anak ibu nak belajar kat luar negara ye. Kalau macam tu sekarang juga mak nak pergi jumpa Cik Kiah nak minta tolong dia masak-masak sikit nak buat majlis kesyukuran dan doa selamat".. Sambut Cik Leha meraikan kegembiraan anaknya itu.


Ibu amin merasa begitu gembira setelah anaknya mendapat tawaran belajar ke luar negara dan terus merancang untuk membuat majlis kesyukuran dan doa selamat sehingga terlupa ikan yang sedang digorengnya di dalam kuali hangus dek kerana terlalu lama terdedah dengan haba api yang keluar dari dapur yang berjenama toshiba.

"Aduh ibu ni, nak pergi rumah Cik Kiah pun goreng la dulu ikan ni sampai habis, selalu je macam ni".. Amin merungus keseorangan sambil berjalan laju ke dapur setelah terhidu bau ikan goreng hangus..

Jam 00.40..

"Abang, anak kita dapat tawaran belajar ke luar negara bang.." Sempat juga Cik Leha memberitahu khabar berita itu sebelum tidur kepada suaminya yang sememangnya sibuk sepanjang hari sebagai ahli perniagaan kedai runcit.

" Owh, ok".. Jawab Pak Mail dengan ringkas lalu melelapkan matanya..

Hari bertolak ke jepun..


" Ibu, abah.. halalkan makan dan minum Amin selama ni, doakan kejayaan dan keselamatan Amin ye kt over sea tu".. Bersungguh-sungguh juga Amin memohon restu dari Cik Leha dan Pak Mail sambil bersalaman..

Amin terus berjalan perlahan meninggalkan Cik Leha, Pak Mail dan beberapa orang kampung yang datang memberi sokongan padu kepada Amin. Perasannya bercampur baur antara gembira dan sedih. Sedih meninggalkan Cik Kiah, Pak Mail dan orang-orang kampung dan dikala itu juga
gembira kerana berjaya menyambung pelajaran ke luar negara.

Walaupun Amin anak tunggal Cik Kiah dan Pak Mail, Cik Kiah dan Pak Mail tidak merasa berat langsung untuk melepaskan Amin belajar ke luar negara. Bagi Pak Mail, samada Amin ada atau tidak dirumah, ianya sama sahaja kerana dia terlalu sibuk dengan perniagaan kedai runcitnya. Pelanggan datang setiap masa terutamanya perokok tegar. Kedai runcitnya menjadi pilihan perokok tegar kerana hanya di kedai runcitnya sahaja menjual harga promosi rokok dunhill iaitu hanya rm2 untuk tiga batang rokok. Cik Leha pun tiada kurangnya, aktiviti hariannya hanya pergi ke rumah rumah Cik Kiah untuk mesyuarat tingkap dan hanya sekali sekala dia akan menyediakan makan untuk Amin, emmm.. itu pun hangus je.

Di dalam kapal terbang..


Inilah kali pertama Amin menaiki kapal terbang. Dia berasa amat teruja sehingga tidak menyedari penumpang lain meminta laluan untuk berjalan ke tempat duduk masing-masing. Dia sekali sekala menghenjut dan menggoyang-goyangkan badannya di kerusi tanpa menghiraukan penumpang lain yang dari tadi memerhatikan tingkah lakunya yang agak pelik itu.

Dua jam kemudian..


Amin dapat merasakan satu gegaran yang kuat menimpa keatas kapal terbang yang dinaikinya sekarang. Kapal terbang ini seperti berpusing-pusing tanpa arah tujuan. Semua penumpang menjadi panik dan ada yang menjerit-jerit kesakitan kerana dihempap oleh penumpang lain yang degil untuk memakai tali pinggang. Nasib baik lah Amin sudah siap-siap memakai tali pinggang dari awal lagi. Kedengaran satu pengumuman daripada pilot yang mengatakan kapal terbang ini akan terhempas kerana terlanggar sesuatu yang amat keras dan dia memesan agar kepada semua penumpang yang beragama islam supaya mengucap dua kalimah syahadah siap-siap. Tanpa berfikir panjang, Amin pun mengucap dua kalaimah syahadah..

"Ashhaduallailahaillallah..."


Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap..

"Adakah aku sudah mati??"..
"Kenapa harus begini??"..


Tiba-tiba muncul suara yang agak garau menyapa..

"Inilah takdirnya!!"...


Setelah suara garau itu lenyap, Amin dapat merasakan yang pandangannya kembali cerah. Kini dia berada di suatu tempat yang asing. Dia sendiri tidak tahu dimana tempat dia berada sekarang.

"Hey Roy!! kau buat apa kat sini sorang-sorang?. Jom pergi kelas, dah lewat ni tau".. Sapa Julie dari belakang.

Roy terus berjalan mengikuti Julie dengan penuh kebingungan menuju ke kelas.

Di dalam kelas (masa sekarang)..


Roy masih keliru dengan situasinya sekarang ini. Roy dapat merasakan bahawa dia baru sahaja bermimpi. Bermimpi berada didalam sesuatu yang sukar dikenal pasti, tetapi yang pastinya benda itu didalam situasi yang amat berbahaya.

Julie memerhatikan saja tingkah laku Roy yang mengjengkelkan itu. Roy seperti orang mati bini, kejap-kejap menggaru kepalanya dengan kedua-dua belah tangannya.

"Hey Roy, kenapa dengan kau ni??".. Tegur Julie sambil menggosok-gosok kepala Roy.

"Err.. Tak de ape-ape".. Roy pantas menjawab lalu berlari keluar dari kelas..

Julie hanya memandang sahaja kelakuan sahabatnya itu berlari keluar dari kelas tanpa cuba untuk mengejarnya. DIa merasakan kelakuan Roy bertambah pelik semenjak dia menyapa sahabatnya itu di belakang kedai Uncle Sam sebelum ke kelas tadi..

Dua jam sebelumnya..


"Mak!! Ju pergi kelas dulu, sebelum pergi ke kelas nanti Ju pergi ke kedai Pak Cik Sam bagi dulu senarai barang yang mak nak beli, balik kelas baru Ju ambil barang-barang tu eh".. 


Semenjak kedai Joe menaikkan harga barangnya, Sarah terpaksa membeli barang di kedai Uncle Sam yang jauh sedikit dari rumahnya tetapi berhampiran dengan universiti anaknya. Jadi dia hanya meminta pertolongan anaknya sahaja jika mahu membeli barang-barang keperluan.

Ketika Julie baru sahaja sampai di kedai Uncle Sam tiba-tiba dia terdengar suara berbisik-bisik yang sukar untuk difahami dari belakang kedai Uncle Sam. Suara itu membuatkan perasan ingin tahu julie membuak-buak lalu membawanya ke belakang kedai Uncle Sam.

"Eh?? buat apa budak Roy ni duduk kat belakang kedai nih, hish!! buat orang terkejut je la dia ni".. dengus Julie sambil menghampiri Roy.



hoho!! ngatok, nok tido dulu, esok r sambung cerita ni, hihi..















Sunday 29 April 2012

surat hati untuk mereka..

Memang benar kata mu, biarlah habis belajar dulu baru nak berpolitik.
tetapi maafkan saya, mungkin hidup saya berbeza dengan awak semua.
kehidupan saya sentiasa di sinari oleh politik.
memang sedari kecil saya di ajar untuk membenci politik kotor.
terima kasih kepada ibu bapa ku kerana mengajarku tentang politik di malaysia ini.
Bukan saya nak meninggi suara dengan mu tetapi ingin saya tegaskan bahawa
terlibat dalam politik tidak menjejaskan apa-apa pointer atau pembelajaran seseorang itu.
pembelajaran dan pointer seseorang itu berdasarkan kesungguhannya didalam belajar disamping rezeki yang diberikan kepadanya melainkan awak semua yang sengaja bagi mereka markah rendah kepada mereka yang menentang kerajaan. saya harap tidak lah ada yang sebegitu kerana saya percaya awak semua baik-baik belaka..

ok, adakah kebanyakan mereka yang tidak pergi ke bersih itu duduk di dalam bilik belajar???
mustahil bagi kebanyakan mereka untuk belajar dan saya percaya tidak banyak yang membelek buku ketika itu.
Kenapa kebanyakan dari pihak awak yang hanya fokus kepada pelajar yang menentang kerajaan??
Jadinya, kalau nak bangkang kerajaan kena habis belajar dulu lah???
tetapi kalau nak sokong kerajaan tak habis belajar lagi pun boleh la ye??

~saya keliru~
mereka lebih fokus kepada pelajar yang menentang kerajaan


saya harap walaupun kita mempunyai idealogi politik yang berbeza, ia tidak mempengaruhi awak dalam memberikan saya markah apatah lagi dalam hubungan antara kita ini.


PEMIKIRAN KITA TETAP BERBEZA




Thursday 26 April 2012

kisah satu malam.. barca VS chelsea

Malam tu aku dah set nak tengok barca main, tapi sebab asyik duk main ping-pong last sekali tengok jam dah pukol 00:45 malam. ceh!! celake!! pintu pagar unikl ni mesti kompem dah tutup.. dah tak dapat laa yee nak tengok barca main.. ( tu la tadi cik kioh member baik emak aku dah msg sruh cepat2 siap keluor)

Tak kira!!!! malam ni walau apapun terjadi aku mesti pergi tengok juga barca main!!

lepas mandi+siap2 terus ajak member-member yang senasib dengan aku ( tak sempat keluar) try nasib dengan pak gad. mana tau kot diorang bagi..

"Bro, sori bro, aku tak leh tolong, memang tak boleh keluar kalau dah lebih pukol 12. sori ea bro"..

natenggg!!! aku nok tengok barca main!!!! 
 
ok aku faham tugas pak gad, kalau dia benarkan nanti dan kalau terkantoi dengan fello, apa pula nasibnya..
kena maki?? dibuang kerja?? anak-anak, bini, adik-beradik, mak bapak dan nenek dia macam mana nanti?? nak makan apa kot???

ok masa nak U-turn kereta tu, datanglah idea bangang nak panjat pagar lepastu suruh member datang ambik bawak gi mamak.

lepas parkir kereta depan pintu pagar tu..

Yessszaa!!! kitaorang berjaya fly!! ( terasa macam zaman persekolahan pulak main fly2 ni,kahkahkahkahkah!!!)

TAPI MACAM BANGANG BILA BARCA KALAH
CELAKE KAU MESSIOH!!!

Esok tu sampai surat kena jumpa dengan hal ehwal mahasiswa. kahkahkahkahkahkah!!! padan muka kau badelol!!




Saturday 31 March 2012

kerinduan seorang ibu.. :'(

truut.. truut..
truut.. truut..

"Assalamualaikum".. kedengaran suara menjawab panggilan..

"Waalaikummussalam. Umi, matkeng balik malam ni"

"ouh, syukur Alhamdulillah. :) . Bila nak bertolak?".. bondaku bagi respon baik..

dengan pantas aku jawab "malam ni".. 

laju je bondaku jawab "Alhamdulillah, orait, take care"..

dengan penuh semangat aku jawab "bereh!! InsyaAllah".. 

Nampak tak permainan kat sini??
betapa aku punya bonda gembira bila dengar aku nak balik dan kepulangan aku sangat dinanti-nantikan!!
kahkahkahkahkah!! koya sungguh anak umi ni!!

Thursday 29 March 2012

kemalangan ngeri di simpang siur..


Kemalangan ngeri ini membabitkan sebuah motosikal bertembung dengan sebuah lori 10tan yang sarat dengan muatan palang-palang besi untuk projek tiang gol jkkk kampung-kampung hulu telemong terengganu. Mangsa terus mati ditempat kejadian dengan kepalanya terseliuh dan kakinya terkehel ke belakang sikit.

sebaik sahaja kemalangan itu pemandu lori tersebut pun turun untuk meninjau apa yang terjadi..
" haiyya, wa ingat babi yang langgar wa punya belakang lori, mat lempik lupanyerr, manyak susah ooo, nanti mesti jkkk marah hantar lambat ini punyerr palang. "


5 minit kemudian lalu lah mak jemah, cik senoh, cik kioh dan mak senoh..
"eh ada orang xsiden laa.. lahh, mat rempit rupanya, hah! padan muka!! patutla prengg nya sekejap je tadi, biasa lama prengg-prengg tu, dah mampuss rupanya. Eh ni bukan anak si tut2 ke?? padanla, anak ngan bapak lebih kurang je.. bla..bla..bla.. "


1 jam kemudian polis pun sampai..
" emm, mengikuti kesan tayar motor ini, mangsa mula-mula buat skill wheely lepastu wekang sekejap lantas terlanggar sampah yang dibuang oleh masyarakat sekeliling lalu hilang kawalan dan tidak semena-mena mencucuk angin di belakang lori lantas lori pun brek mengejut sebab babi melintas dihadapan dan boomm!! "


beberapa saat kemudian tokey kedai "motor kuat sdn. bhd" pun lalu..
"ayyoo, wa sudah banyak kali cakap ini punya mat rempit, ini punya ekzos mesti kasi operate sikit, baru buat skill menjadi, ini apa sudah jadi maa?? ini sudah pun mampos. adoyy!! hilang sorang wa punya customer tetap. "


5 minit sebelum azan maghrib berkumandang, lalu.. lalu lah si imam pula di tempat kejadian..
" orang dah meninggal tu biarkan aje dia meninggal, nak buat apa lagi. dah ajal dia.. udah-udah la, jom p masjid. lepas solat nanti ada moreh,haaa. emmm dap2 aww.. "


1 jam selepas pak imam bagi salam akhir kt masjid nun maka sampailah ambulan, dan turunlah pemandunya untuk mengambil mangsa kemalangan..
" laa, dah mati rupanya, sia-sia je aku pandu ambulan 300km/h tadi, kalau tak mesti sempat lagi aku nak tengok episod akhir samarinda kt tv3 ni.."


lalu pergilah ambulan tersebut bersama-sama mangsa balik ke hospital.




Kesimpulannya.. aku tak tau lah apa kesimpulannya.. jangan brek bila babi melintas kot.

kahkahkahkahkah!!




nota mat rempit sejati : alang-alang menyelup pekasam biar sampai ajal datang..

biar bangang asal sembahyang

walaupun payah untuk meninggal apa yang dilarang, akan tetapi cubalah untuk melakukan apa yang diminta kerana setiap detik kita adalah peminjam sehinggalah dimamah bumi.

perkara yang paling mudah untuk kita menuruti perintahnya adalah sembahyang tetapi sungguh ramai yang sukar untuk melakukannya.

tidak payah. tidak lebih 5 minit pun.

hisap ganja,buah, rokok, batu. Pernahkah kita terpikir sedetik akan dosa-dosa itu?
tidak akan sesekali jika kita tidak pernah menjaga sembahyang.

sembahyanglah yang membuatkan kita sesekali terdetik untuk memikirkan akan dosa-dosanya itu dan lambat laun kita akan meninggalkan jua segala kejahilan yang telah diamalkan.

bila bangkit dari tidur yang panjang, sembahyanglah yang menjadi pengukuran yang pertama. tau dok??
senang untuk diucapkan..
                                              
 BIAR BANGANG ASAL SEMBAHYANG
                                             Y(^^)Y


nota kaki merapu: gila soleh post aku ni. kahkahkahkah!!!

Wednesday 28 March 2012

hanya khayalan minda yang terjerumus dalam imaginasi minda.

hidup ini umpama pentas khayalan..
ujian yang datang bukanlah stau beban..
tetapi ia hanyalah satu pengalaman..
pengalaman yang memberi pengajaran..
tidak semua yang kita impikan akan tercapai..
tetapi usaha itu sangat diperlukan..
kadang-kadang kita mudah untuk berputus asa..
tetapi tanpa kita sedari bahawa setiap halangan dan kepayahan itu adalah sebenarnya
satu lonjakan bagi kita untuk memperolehi kejayaan..
kejayaan itu bukan mudah untuk dikecapi..
memerlukan satu pengorbanan yang tak terhingga..
oleh itu hidup mesti di teruskan walau seteruk mana kehidupan kita..

Wednesday 11 January 2012

tau dok, perkataan "umbrella" sebenarnya berasal dari bahasa melayu.

pada zaman penjajahan british dulu adalah seorang mamat ni nak pergi kedai beli susu anak.
waktu tu tengah hujan lebat rasanya, kalau hujan lebat tu macam biasalah kan, keluar rumah mesti bawak payung punyer kan.. Jiran aku aje keluar rumah time hujan tak pakai payung sebab dia cakap hujan ni bagus untuk menyihatkan rambut dan badan, katanya lah,kehkehkehkeh..

ok, masa on da way nak pergi kedai tu, dia terserempaklah dengan seorang cikgu dari british ni. cikgu omputih la ni.nama cikgu tu jane. dia kesihan tengok cikgu tu tengah basah kuyup dalam hujan. memang dia kenal sangat la dengan cikgu tu, lagipun dah memang lama dia syok kat cikgu tu. katanya nak buat bini nombor dua, taste orang putih la katakan mamat ni,nak tukar taste katanya,kohkohkohkoh.

dia pun bagi laa payung tu kat cikgu omputih tu, cikgu tu pun ambik la payung tu dengan penuh kehairanan sebab sebelum ni dia tak pernah jumpa benda yang boleh berteduh dari air hujan macam ni. senang bawak pulak tu.

dengan penuh tanda tanya dia pun tanya lah mamat ni dalam bahasa omputih nama menatang payung tu.
mamat ni pulak memang bengap bahasa inggeris, (melayu sejati la katakan). memang tersangatlah dia tak paham satu habuk pun apa yang cikgu ni katakan..

dia pikir cikgu ni nak bagi balik payung tu kat dia, dia pun dengan penuh yakin dan tawadduk jawab macam ni.

"ambe rela kena air hujan ni, tak pe tak pe, jangan risau." (ambe = hamba)

dengan harapan cikgu ni terpikat dengannya,kuikuikui..

bila cikgu ni dah balik negara asalnya dia pun perkenalkan lah payung tu kat murid2 dia kat sana dengan nama "ambe rela kena air hujan ni, tak pe tak pe, jangan risau" dan benda ni merebak keseluruh negaranya.

lama kelamaan orang2 sana malas nak sebut panjang2 nama "ambe rela kena air hujan ni, tak pe tak pe, jangan risau".

akhirnya diaorang ambil dua perkataan terawal je iaitu ambe dan rela maka jadi lah ambe rella@amberella.


dan akhirnya dengan rasminya payung dalam bahasa omputih dipanggil umbrella.



kalau mamat ni masih ada mesti bangga dan koya dia ni.
kehkehkehkeh.




wahh!! seksinya cikgu jane ni.
ooww!!..
patutla mamat ni syok sangat dengan cikgu jane ni.
celake kau mamat.

kehkehkeh
   kohkohkoh





nota kaki sepayung: cerita ini adalah rekaan ikut suka hati aku semata-mata, tidak ada kena mengena dengan mamat yang masih hidup ataupun mamat yang telah meninggal dunia. 

Tuesday 10 January 2012

Cerita korea yang best untuk ditonton


the divine weapon

Lihat je tajuk cerita muvi korea mesti orang ingat cerita giwang karat tahap cair melilih secair tahi manusia yang cirit-birit,kehkehkeh..

tetapi cerita korea ni bukan lah cerita giwang karat. cerita ni mengisahkan rakyat korea yang berbangsa jeseon menuntut kebabasan dan kemerdekaan dari pemerintah maharaja ming. 

heronya bernama seol joo dan heroin ataupun morfinya bernama hong ri.

Seol joo dan hong ri adalah satu-satunya rakyat  korea jeseon yang tahu membuat bahan letupan sekaligus amat dikhendaki oleh maharaja ming bagi mencipta bahan letupan itu.

tetapi hong ri ni awal2 dah di bawak lari ke suatu perkampungan di rumah seol joo. 

bermula disitulah mereka mencipta anak panah terbang dan peluru berpandu.
semasa mencari formula membuat peluru berpandu tu, ramai yang terkorban dibunuh oleh tentera ming.

cerita ini juga kata bahawa korea menghasilkan peluru berpandu pertama sejauh 3km sebelum eropah mencipta peluru berpandu 300 tahun kemudiannya.

formula peluru berpandu itu adalah daripada ayah hong ri sendiri yang membunuh diri kerana tidak mahu dipaksa membuat bahan letupan untuk maharaja ming.

cerita ini juga menyatakan betapa pentingnya pengiraan fizik dan kimia dalam penghasilan peluru berpandu.

lepastu emmm, malas aku nok cerita panjang2. nok tahu tengok sendiri la peah woii!!

serius best gila beb cerita ni.
cik senoh dengan cik beydoh sampai nangis2 tau tengok cerita ni,padahal masing2 berjiwa black metal tu kadang2 je k-pop,kihkih.
habis rumah aku bersepah-sepah dengan tisu mereka.
celaka!!

nota kaki muvi korea: aku tengok cerita ni 3-4 kali tak puas2. best do!! cepat download!!!