Wednesday 20 June 2012

Khayal - part 3

Segumpal awan tadi habis dimakan mereka berdua. Roy dan Julie kemudian meneruskan perjalanan mereka untuk ke rumah Julie bagi menghantar barang-barang yang dikirim oleh Sarah. Sepanjang perjalanan, Roy memerhati sahaja persekitaran dunia barunya itu. Roy dapat melihat susur jalan laluan yang dilaluinya disusun dan di atur dengan batu sungai. Batunya bulat-bulat dan berwarna hitam putih.Rumput hijau memenuhi disetiap sudut kawasan kecuali jalan batu tersebut, menyebabkan tanah dan pasir seakan tidak berpeluang untuk menggapai sinaran mentari. Pokok-pokok rendang yang lebat dengan buahnya pula memenuhi di sebelah tepi kiri dan kanan disepanjang susur jalan batu. Roy cuba untuk memetik buah tersebut tetapi ditegah oleh Julie. Kebanyakan penduduk disini pula menggunakan keldai, kuda dan unta sebagai kenderaan mereka.

" Kenapa aku tak boleh ambil buah tu?". Tanya Roy selepas tangannya ditarik oleh Julie semasa dia ingin memetik buah tadi.

" Kau ni dah lupa ke buat-buat tak tahu? ". Jawab julie lalu meneruskan langkahnya untuk pulang ke rumah.

Roy kebingungan sekejap mendengar jawapan Julie tadi dan terus melangkah laju merapati Julie yang sedikit jauh darinya.


" Amin.. Amin.. ".


Roy tiba-tiba terdengar suara seperti orang berbisik memanggil Amin. Dia kemudian berhenti melangkah dan matanya liar mencari bunyi bisikan tadi.Bisikan itu tidak pula didengari Julie dan dia tidak perasan yang langkahnya terus meninggalkan Roy dibelakang.

Roy terus asyik mencari suara tersebut melupakan Julie yang jauh melangkah kedepan. Di sebalik semak-samun yang diselangi oleh pokok-pokok renek raspberry muncul seekor makhluk berkepala botak, matanya sepet, telinganya panjang kebawah seperti telinga keldai dan ketinggiannya hanya paras lutut orang dewasa. Makhluk itu tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek yang agak lusuh dan comot. Roy terkedu melihat makhluk yang agak pelik itu.

" Amin.. Amin.. sedar nak.. ". Makhluk itu bersuara lagi seperti berbisik sama dengan yang Roy dengar sebelum ini.

" Erk.. siapa kamu?? siapa Amin?? ". Teragak-agak Roy menanyakan soalan.

Tiba-tiba makhluk tersebut menangis dan meraung seperti seorang perempuan yang meratapi kematian kekasihnya. Mata sepet makhluk itu tadi berubah menjadi bulat dan berurat kemerah-merahan.

" Emm.. saya minta maaf  ". Roy jadi serba-salah dan tidak tentu arah melihat kelakuan makhluk tersebut.

makhluk itu terus menangis dan meraung.Tangisannya bertambah kuat pula kali ini.

" Maafkan saya jika soalan tadi menyentuh perasaan kamu, saya tidak sengaja". Berkerut wajah Roy cuba memujuk makhluk tersebut.



Julie mula perasan yang dia melangkah keseorangan tanpa Roy. Dia menoleh ke belakang dan melihat Roy jauh dibelakang seperti sedang bercakap dengan seseorang. Kemudian Julie berlari menuju ke arah Roy.


" Roy, kau buat apa dekat sini?? kau bercakap dengan siapa ni?? ". Tanya julie kehairanan sambil tercungap-cungap apabila sudah hampir dengan Roy. 



Roy memandang kearah Julie yang sedang mengah dengan muka yang penuh dengan keresahan.

" Aku bercakap dengan... ". Roy menjawab soalan julie lalu memandang semula ke arah makhluk tersebut namun makhluk itu hilang lenyap bagai anak ayam disambar garuda.

" Ahh mengarut lah kau ni Roy, mana ada siapa-siapa kat sini!".  Pantas sahaja Julie menangkis jawapan Roy.

" Kau ni kuat sangat berkhayal ni, dah la jom balik. Nanti mak aku marah barang-barang yang dia pesan ni sampai lambat.". Sambung Julie lagi.

Roy bertambah bingung dengan situasi sebentar tadi. Dia seakan tidak dapat membezakan antara realiti dan khayalan fantasi. Mereka kemudian meneruskan perjalanan pulang kerumah Julie.



MINTA MAAF, AKU BUKANNYA GENG-GENG YANG PANDAI MENULIS. CELAKE BAHASA TUNGGANG LANGGANG.
EH ESOK LUSA AKU PIKIR LAGI MACAM MANA NAK SAMBUNG CERITA NI, KEHKEHKEHKEH!! 























































































































































































+

No comments:

Post a Comment