Thursday 21 June 2012

Eqa dan si pemburu ayam hutan.

Racik bersaiz 37 mata mula dipasang oleh Abu di beberapa tempat yang menjadi laluan kebiasaan ayam hutan. Denak disertakan bersama setiap racik yang dipasang. Demi adiknya yang sarat mengandung mengidam ayam hutan, Abu sanggup sahaja masuk ke rimba untuk menjerat ayam hutan.

Harapkan suami Eqa tu, huh apa pun tak boleh! hari-hari kerjanya hanya bermain game dota sahaja. Kadang-kala sahaja dia akan ke kedai Zulkiplee untuk membeli sekotak rokok suria dengan gula-gula hacks perisa cengkih.

Sementara menunggu jeratnya mengena mangsa, Abu bersiar-siar didalam dunia belantara hijau yang sentiasa diiringi melodi dan bunyi-bunyian cengkerik dan belalang sebagai muzik sekadar menyentuh jiwa-jiwa sunyi. Abu menikmati setiap melodinya bersama-sama hembusan angin flora.

Tidak semena-mena bunyian cengkerik dan belalang hilang dan keadaan menjadi senyap dan pegun. Tiba-tiba muncul sekawan rama-rama putih entah dari mana tidak jauh dari tempat Abu berdiri. 

Rama-rama itu kemudian mengeluarkan habuknya. Habuknya terlalu banyak membuatkan mata Abu terasa pedih dan dia sukar untuk bernafas. Tetapi Abu tidak langsung berganjak.

30 jam kemudian habuk itu hilang bersama sekawan rama-rama. Bagi Abu, inilah kali pertama dia mengalami situasi begini.

Dia berasa sangat teruja dengan kejadian aneh itu dan terus pulang kerumah untuk menceritakan peristiwa itu kepada keluarganya sehingga terlupa akan ayam hutan yang di idam oleh adiknya Eqa dan meninggalkan semua jerat-jerat raciknya di dalam hutan.

Eqa yang baru mengandung tiga bulan gembira melihat kelibat abangnya di muka pintu dengan harapan abangnya pulang bersama ayam hutan.

" Amacam bro, dapat tak ayam hutan? ". Tanya Eqa ringkas.

"haa? ayam hutan? ayam hutan dalam hutan la". Jawab Abu ringkas juga.

Abu tiba-tiba berasa keliru dan kebingungan. Short Term Memory Lost!!

Eqa sejurus itu berasa sedih dan hampa.

Eqa terus bangun dan keluar dari rumah. Dia sudah merajuk hati. Suami tidak boleh diharap. Abang pula mengecewakan. Dia kemudian keluar dari rumah membawa diri. Biarlah dia dimakan, ditelan batu belah batu konkrit yang tidak jauh dari rumahnya.

Dia sudah seratus peratus pasrah dan ingin menyerahkan dirinya ke dalam perut batu belah batu konkrit sahaja. Dia tidak tahan lagi!! 

Dia kini sudah tidak jauh dari mulut batu belah batu konkrit. Mulut batu belah batu konkrit itu sentiasa terbuka dan tertutup menunggu untuk menelan mangsa.

mangsanya tidak kira tua atau muda. Kebanyakan manusia menyerahkan diri kepadanya kerana kecewa.

Eqa tersangat kecewa lalu dia terus masuk kedalam mulut batu belah batu konkrit itu menyerahkan diri.


ZAPPPP!!!!


" Akak, ayam belanda ni baru je disembelih tadi ni. Fresh ni. Kalau nak yang murah akak boleh beli jenama first choice." Panjang lebar penerangan si promoter.

Tanpa berfikir panjang Eqa terus membeli ayam belanda yang berjenama first choice dan pulang kerumah dan kemudian dia bermonoloq: 

"Susah sangat nak dapat ayam hutan, nasib baik tesco ni dekat je dengan rumah boleh beli ayam belanda terus. Puas hati aku!". 














No comments:

Post a Comment