Tuesday 16 August 2011

Pandai pun bangang!!

Mengikut kajian ikut suka hati aku, ramai manusia yang mengspesifikasikan perkataan "pandai" itu didalam dunia pembelajaran sahaja sehingga melupakan bahawa perkataan "pandai" itu juga merupakan sesuatu yang subjektif. Begitu juga dengan perkataan "bangang". ye ke dok kajian aku ni?? meh sini aku nok terangkan. 
: D







"pandai" :-

  1. Tak tahu mengira tetapi mahir menulis.. pun pandai
  2. Tak tahu menulis tetapi mahir menaip.. pun pandai
  3. Tak tahu membaca tetapi mahir memasak.. pun pandai
  4. Tak reti bercakap tetapi tak kantoi menipu.. pun pandai
  5. Selalu gagal dalam peperiksaan tetapi selalu berjaya dalam mencuri.. pun pandai
  6. Tak reti fizik tetapi mahir membaiki motor.. pun pandai
  7. Tak reti biologi tetapi mahir buat layang-layang.. pun pandai
"bangang":-
  1. Pandai berak tak reti nak flush.. pun bangang!!
  2. Pandai fizik tetapi tak reti baiki motor.. pun bangang
  3. Pandai kahwin dua tetapi tak reti nak bagi keadilan.. pun bangang
  4. Pandai matematik tetapi tak reti nak sembahyang.. pun bangang
  5. Pandai makan tak pandai simpan.. pun bangang
  6. Pandai kahwin empat tetapi tak pandai nak bayar zakat.. pun bangang
  7. Pandai suruh rakyat berjimat tetapi dia tak pandai nak berjimat, boros sakan.. pun bangang!!
Ayat-ayat di atas adalah pendapat ikut suka hati aku, tak payah nak terpengaruh sangat,hihi..
Jadi, korang pandai-pandai la ye guna perkataan "pandai" dan " bangang" ni,hihi...

nota otak bangang : jangan terasa dengan perkataan bangang kerana kehidupan kita hari ini sentiasa diselubungi dengan perkara-perkara yang bangang.



No comments:

Post a Comment