Monday 22 August 2011

Kenapa dalam PAS pun ada Asabiyah??

Sebenarnya dah lama aku nak bercerita tentang asabiyah dalam pas ni tetapi masih ragu-ragu.
"ok ke kalau aku bercerita benda ni? tak tercalar ke imej parti pas nanti?"
tetapi lama-kelamaan aku rasa tak berpuas hati dengan benda ni, kalau dibiarkan,sampai bila-bila pun ia akan tetap ada. Aku harap N3 aku kali ni dapat sampai ke pengetahuan pihak pas pusat agar mereka dapat "setelkan" benda yang remeh ini, disebabkan benda yang remeh ni la akan membuatkan kita tewas dan tumbang ditengah jalan kelak!!.

Pada 7 mei hari tu, aku ada join mak aku pergi mesyuarat agong tahunan ke - 5,disebabkan minat sangat dengan politik ni,asalnya aku tak dapat masuk tetapi ada perwakilan dari adun kawasan aku ni yang tak datang,jadi aku boleh ganti tempat dia, semasa pemilihan jawatan kuasa, jawatan bagi YDP (betul tak ni?, senang2 jawatan paling atas sekali la) menang tanpa bertanding. aku tak syak apa-apa lagi masa tu, tetapi masa dah balik rumah tu aku buat-buat tanya lah mak aku kenapa jawatan tu menang tanpa bertanding. Mak aku jawab, sebab nanti kalau si B pergi lawan si A semasa pemilihan tu, takut nanti kalau si B menang nanti anak-anak buah dan penyokong si A akan boikot dan tak nak buat kerja, sebab tu si B tak berani nak bertanding juga.

perh, begini rupanya, gila asabiyah!! patut la kawasan kemaman ni pas susah nak menang, kalau begini cara kamu semua bekerja, memang Allah tak akan bagi menang nyer, sebab dah tau, bila menang nanti kot-kot dua kali lima je dengan umno!!

mak aku cakap benda ni kita jangan ambil tahu sangat benda remeh macam ni, kita mesti ambil tahu dan berusaha untuk tewaskan umno,itu agenda kita paling besar.

tetapi bagi aku, sori la. Disebabkan benda remeh ni la agenda besar kita tu semakin kecundang. Disebabkan benda remeh ni la kita susah nak menang. Disebabkan benda remeh ni la Allah tak bagi kita menang. Disebabkan benda remeh ni la kita nampak macam dua kali lima je dengan umno.

Apa ke bangang mereka ni?? bekerja kerana Allah ke bekerja kerana manusia?? kroni??

Aku tahu, tak semua anak buah dan penyokong si A begitu, tetapi jika dah 5 daripada 7 batang tiang sesebuah rumah tu dah patah, macam mana lagi caranya rumah tu nak berdiri kukuh?? dan aku harap yang hanya pas di kawasan ini sahaja yang mempunyai semangat asabiyah itu.

Kalau di ikutkan memang aku tak layak untuk bercerita atau mengkritik benda ni sebab siapa lah aku ni, seorang budak yang baru sahaja layak mengundi pada PRU 13 nanti. (pertama kali tu beb mengundi,hihi). pengetahuan tentang ilmu politik pun amat cetek.Baru nak mengenali dunia politik. tetapi tak salahkan kita saling berkongsi semoga nanti ada penambah baikan.

lagipun aku adalah rakyat yang mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan bijaksana. Kalau dah terjadi macam ni boleh ke berlaku adil dan bijaksana kelak??








No comments:

Post a Comment