Wednesday 31 August 2011

apa erti merdeka jika dibiarkan penjilat TAHI british memerintah??

Bayangkan saudara saudari sekelian. Orang seperti Dato' Onn, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Kapten Hussein Onn dsbnya adalah mereka yang bekerja dengan penjajah British. Setiap bulan British memberi mereka gaji di samping elaun dan kelebihan2 yang lain i.e. kereta bersupir, perkhidmatan kesihatan percuma, quaters kerajaan dalam bentuk rumah banglo dan sebagainya.

Sehari pun dalam hidup pemimpin2 UMNO ini tidak pernah mereka menentang British. Mereka gembira duduk di bawah kerajaan British kerana mereka mendapat banyak kelebihan dan ganjaran wang.

Di waktu pejuang2 kemerdekaan yang sebenar berhempas pulas mengumpul tenaga rakyat bagi menjatuhkan British, pemimpin2 UMNO ini sebuk dengan mesyuarat mereka, minum teh di waktu petang, menghadiri banquet bagi meraikan tuan British mereka.

Tidak hairanlah apabila kemerdekaan diberikan kepada Malaysia, segala kekayaan Malaysia masih dipegang oleh British. Walaupun Malaysia terus menerus kaya selepas merdeka, tapi orang Melayu dan kaum lain terus menerus hidup dalam kemiskinan yang dahsyat.

Apabila pejuang2 kemerdekaan seperti Ustaz Abu Bakar Baqir, Burhanuddin Helmi, Pak Sako, Ahmad Boestamam dsbnya disiksa, dipenjara, difitnah, dikacau oleh apparat2 British, pemimpin2 UMNO terus hidup di dalam kemewahan dan kesengangan yang selama ini mereka kecapi dari tuan British mereka.

Namun, apabila kita buka buku2 sejarah masa kini, pemimpin2 UMNO yang hidup seperti orang Putih inilah yang digelar pejuang kebangsaan. PAdahal, satu hari dalam hidup mereka pun British tidak pernah memenjarakan mereka, tidak pernah memukul mereka, tidak pernah mengacau mereka.

Mereka ditatang oleh British seperti dulang yang penuh dgn minyak.

Begitulah jentera propaganda UMNO yang jahat. Menyenyapkan sumbangan pejuang kemerdekaan yang benar2 melalui ranjau dan duri serta menganggungkan mereka yang menjadi penjilat dan pembodek kepada British.

salin/tampal dari sumber ini 








4 comments:

  1. PERJUANGAN ADALAH UNTUK MENANG..........itu matlmatnya. Oleh itu perlu strategy,tactical. SEJARAH MEMBUKTIKAN SIAPA BERJAYA: Perjuangan Rasullulah satu perjuangan yang berjaya...apabila samapai kepada Abu Bakar,Omar kejayaan amat terserlah : Abu Bakar(Consolidation) Omar (Expansion) Othman (wealth development)- masa Othman mula berpecah. Menjadi kritikal ke Zaman Ali. PERJUANGAN PERLU BIJAKSANA

    ReplyDelete
  2. PERJUANGAN ORANG MELAYU UNTUK MEMBEBASKAN NEGARA MELIBATKAN TACTIKAL YANG BERBEZA tetapi MATLAMAT NYA SAMA
    1. Berkerja sama dengan Jepun untuk mengusir British (Sukarno & seangkatan dengan nya)
    2. Berkerjasama dengan Komunis untuk mengusir British( Mat Indera,Abu Samah,Samsiah Fakih)
    3. Berdiplomasi sama dengan British (Dato Onn - Parti Negara)
    4. Berdiplomasi dengan British & Berkerjasama dengan pemimpin kaum (UMNO menerajui Perikatan)

    Semasa berjuang semua pemimpin menjangka & Yakin tektiknya boleh berjaya...SEJARAH MEMBUKTIKAN TEKTIK UMNO BERJAYA: Itu tidak perlu di pertikaikan. Di Cuba perpecahan Idea antara Castro dan Che Guevera,Di China antara Mao Tze Tung dan Chiang Kai Shek......Taiwan berjaya dan maju terlebih dahulu China melangkah maju apabila meninggal ajaran Mao Tze Tung.SEJARAH MEMBUKTIKAN SIAPA YANG BETUL.

    ReplyDelete
  3. BRITISH : Ia merupakan sejarah masam masam manis.Walaupun di jajah British membawa Kemajuan Industri secara sengaja atau tidak sengaja.
    Ia membuat timah menjadi logam bernilai
    Ia memperkenalkan Industri Getah dengan kaedah/teknologi moden: Sedang Negeri Berazil pun tidak maju industri getahnya walhal pokok getah dari Brazil
    Ia memperkenal Kelapa Sawit yang asal dari Afrika: Ia menjadi Industri yang mapan untuk makanan dan di masa hadapan tenaga kerana petrolium akan pupus sedangan kelapa sawit adalah produk alami.
    Perlajaran selain dari Ilmu agama: Ia mengeluarkan generasi awal jurutera,doktor selain dari profesyenal yang lain.
    BRITISH MUNGKIN TIDAK BENIAT UNTUK MEMAJUKAN KITA tetapi SEJARAH membuktikan dia telah membawa asas kepada kemajuan. MALAH KAJIAN BUMI MALAYSIA MENGENAI SUMBER MINERAL(untuk kepentingan mereka)telah memberikan kita maklumat sumber mineral negara dari timah,besi,emas dan petrolium.
    SEJARAH MEMBUKTIKAN SEBAHAGIAN KEMAJUAN INDUSTRI KITA ADALAH BERDASARKAN INTERIAKSI KITA DENGAN BRITISH.
    Tun Mahathir menukar strategi untuk lebih maju SEBAGAI NEGARA PERINDUSTRIAN melalui KERJASAMA dengan JEPUN & KOREA. Ia satu Tactical dalam perjuangan. SEKARANG MALAYSIA SEBUAH NEGERI INDUSTRI.
    APA YANG KITA PERLU IALAH MENINGKATKAN INOVASI & DAYA CIPTA bukan BERPOLITIK,BERSUKA,KETAWA(raja lawak222) SEMATA. KITA PERLU TEKNOLOGI INOVASI.
    Itu PERJUANGAN ANAK MUDA- Bukan di JALAN RAYA!!!!

    ReplyDelete
  4. KEGAGALAN ARAB & TECTIKNYA

    1920 - Mereka menentang kekhalifahan Othmaniah yang di pimpin Oleh Turki. Kemuncak mereka bekerja sama dengan British Lawrence of Arabia........Mereka memusnahkan Instusi yang di bina oleh Para Sahabat: Khalifah Islam dan menganti dengan Raja Raja Arab di Daerah Masing Masing....PERPECAHAN ARAB BERMULA DISINI
    1950a- Bawah Pemimpin Tentera yang belot kepada Raja Masing di Pelopori oleh Gamal Nasir,Di Ikuti oleh Asad,Sadam Hussein,Muamar Ghadafi- TERBENTUK NEGARA ARAB REPUBLIK yang MASIH TIDAK BERSATU!!!! Mereka membeli dan kerjasama dengan Russia ,British,Amerika hanya untuk beli senjata ...Negara tetap tidak maju..
    Tahun 2011 kita lihat semua Rejim Tentera menghadapi tetengan Sadam Di Bunuh,Muamar Ghadafi di Bunuh ....dengan sokongan Amerika
    ARAB MASIH DI TAKOK LAMA

    JANGAN BUAT KERJA MEMBABI BUTA- Kita Perlu Bijaksana

    ReplyDelete