Sunday 14 August 2011

Kenapa aku masuk Universiti

kalau aku tanya manusia zaman sekarang kenapa dia masuk Universiti, mesti diaorang akan jawab macam ni..

"memangla kena masuk U, kalau tak nanti nak kerja apa"..


"I ni budak pandai,mestila kena masuk U!!"..


"ntah laa,hari tu dah isi borang,tapi sampai sekarang tak dapat-dapat lagi tawaran ke mana-mana Universiti"..


"nanti boleh tambah rakan di facebook"..


"pergi mampos laa kau".. haa,ni jawapan dari jiran aku,hihi..

Lantakla apa yang diaorang nak jawab,sekarang aku nak ber-story sikit kenapa aku ingin belajar di Universiti.

Aku masuk U ni.. emm.. matlamat utama aku sememangnya bukan la bila keluar nanti dapat kerja yang bagus-bagus, dapat sijil yang cemerlang, GPA setiap sem dapat anugerah dekan.. HIHIHIHIHI!!! bagi aku bullshit je semua tu,hihi..

tujuan aku masuk ke U adalah sekadar untuk melengkapi proses perkembangan otak dan akal fikiran aku dan juga salah satu proses untuk aku melengkapi struktur-struktur kehidupan aku.. Di U lah aku dapat mengenali pelbagai jenis sikap manusia.. dan tidak lupa juga.. sambil-sambil tu aku dapat mengenali diri aku sendiri,hihi..

Aku anggap belajar di U ini menjadi salah satu hiburan dalam hidup aku.. sebab emm.. aku rasa terhibur kot belajar kat U,hihi..

Dan tak lupa juga!!! haa.. aku dapat mengenali dan mempelajari senario politik di dalam kampus.. memang tak ubah macam politik luar juga, bullshit!! saling men-down-kan sesama sendiri.. tapi tak pe, aku seronok menontonnya,hihi..
dengan itu, aku dapat mematangkan fikiran aku yang tak berapa nak matang ni,hihi..

aku sebenarnya tak kisah pun bila keluar U nanti kerja apa.. best ke, tak best ke, tak de kena mengena dengan apa yang aku belajar ke, dapat gaji banyak ke, sikit ke.. I dont give a FUCK!!.. yang penting aku dapat apa yang aku nak iaitu ilmu dan pengalaman..


bapak aku pun ada cakap " keng, abi tak kisah kalau akeng keluar nanti kerja apa, tak semestinya akeng kena kerja sama dengan apa yang akeng belajar, belajar di U merupakan salah satu penyebab untuk kita menimba ilmu, bukan penyebab untuk kita bekerja".. wah, terharu aku dengar nasihat bapak aku ni.. lebih terharu bila bapak aku cakap " jangan sesekali mintak pinjaman ptptn, mintak mara je, kalau tak dapat mara abi sanggup jual tanah"...  hehe, tak pasal-pasal termasuk gak dialoq pinjaman ni,hihi..

sebenarnya manusia terlalu meletakkan kebendaan yang solid sebagai matlamat hidupnya tanpa memikirkan matlamat yang sedang ber-vaporize sampaikan mereka tidak meletak tuhan sebagai sandaran..

yang mereka tahu bila nak exam je mesti nak kena rasuah tuhan...
"Ya Allah, bagila aku dapat pointer 4.00, nanti aku jadi hamba mu yang soleh"

member aku shakir ada cakap, "manusia ni sebenarnya tidak yakin kepada Allah, jarang orang yang berdoa, Ya Allah, seandainya kehidupanku akan bertambah cerah dengan pointer yang tinggi, bagilah kepadaku pointer yang tinggi, tetapi jika sebaliknya, jangan kurniakan kepadaku pointer yang tinggi".. aku sangat kagum dengan shakir walaupun idealogi dan sikap punk-nya yang kadang-kadang agak bangang,hihi..

jadi apa yang aku nak tekankan kat sini adalah, jangan ingat kau dapat masuk universiti kau boleh berlagak dengan jiran aku?? fuck off!!.. eh ada kena mengena ke dengan n3 ni??

 - tammat -



nota kepala otak : jangan kecewa bila dapat pointer rendah, usaha lagi!!








No comments:

Post a Comment