Wednesday 21 December 2011

aktiviti dikala cuti sem - bikin kue teow udang

Sebenarnya aku rasa kue teow udang aku ni same je kot dengan char kue teow yang famous amos di negeri belah utara nu.

Tapi tak kan la nak bagi sama nama, aku kan nak "A" aje!!, mestilah ada kelainan sikit walaupun dengan nama.
kihkihkih!!!

Janji kue teow udang ni hasil titik peluh aku sendiri,hihi

ok, bahan2nya..



untuk 2 orang makan aje
1) kue teow
2) lada kering yang dikisar dengan bawang merah
3) bawang putih
4) telur ayam bukan telur manusia
5) udang sebanyak mungkin tapi tak melebihi satu lori (lupa nak ambil gambar sekali)
dan yang paling penting!!
6) air rebusan kepala udang yang telah disembelih dan dikisar dengan kejam
kehkehkeh!!

Langkah pertama

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sampai naik bau.

lepah tu kan buat gini plop.


masukkan lada kering dan bawang merah yang telah dikisar.
jangan letak banyak sangat bahan ni, nanti kalau pedas dia jadi macam tak berapa bes.
ehemm, aku bukan tak suka pedas tapi masakan  ni jadi tak berapa nak bes kalau pedas sangat.

bila dah agak2 oke sikit tu 

masukkan pula air rebusan kepala udang yang dikisar tu.


Bila air tu dah mula mendidih, masukkan pula udang sebanyak yang mungkin.


bila dah agak2 masak itu punya udang kemudian


baru letak kue teow tu.
bila kue teow tu dah sebati, sehati sejiwa dengan bahan2 sebelum tadinya, masukkan pula telur.
kacau2 sikit lepastu terus tutup api, jangan kasi lama2.



HAA DAH SIAP!!!




Ahhhh sedapnyer!! Ahhh sedapnyer!!

SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment