Monday 5 December 2011

Muzek VS Jin

"Muzek, mengelak!! jin nak tumbuk mu tu". Jerit Malik.

Muzek pun tunduk lalu membalas serangan jin itu dengan tumbukan padu terus ke perut jin tersebut. Jin itu pun mengerang kesakitan sambil menggosok-gosok perutnya itu. Melihat keadaan jin yang semidikian, Muzek mencuri peluang ini untuk melancarkan serangan ke dua dengan membuat "flying kick" tepat meluru ke arah kepala jin tersebut tetapi jin tersebut sempat menghidu serangan ke dua muzek lalu ia mengelak dan memaut kaki Muzek dan mencampak Muzek jatuh ke tanah. 

Muzek merungus kesakitan. Kali ini, "skill" nya tidak menjadi. Jin mengilai dengan kuat sebagai tanda yang dia dapat menjatuhkan pihak lawan jatuh ke tanah. Ketika jin sedang asyik mengilai kegembiraan, Muzek dengan pantas bangkit dan melompat tinggi lalu menghentak sikunya tepat mengena bahagian atas kepala jin. Jin meraung kesakitan, selepas itu jin pula membuat serangan balas, menanduk muzek dengan tanduknya yang agak tajam tetapi Muzek bijak mengelak lantas menerpa terus di atas belakang badan jin tersebut.

Tanpa berlengah, Muzek mencapai keris perak pemberian Tok Ayah yang telah disisip dipinggangnya lalu menikam kepala jin tersebut dan dengan pantas mencabutnya semula.

Bendalir yang bewarna kuning keemasan terpancut-pancut keluar dari kepala jin dan jin tersebut meraung kesakitan sambil menekan kuat kepalanya dengan ke dua-dua belah tangannya dan tiba-tiba pancaran cahaya keluar menebusi di setiap inci kulitnya lalu terbakar menjadi abu.

Muzek menarik nafas lega kerana musuhnya berjaya lagi ditewaskan.

Tiba-tiba.. 
"Mujek!! mu buat menda tu sorang-sorang, dah pukul 6.30 petang ni, jom pergi dewan makan". Sapa Acak sambil mengajaknya makan di dewan makan.

Muzek tersentak seketika lalu berjalan ke arah Acak sambil matanya liar mencari Malik yang hilang entah kemana.

4 comments: