Thursday 29 December 2011

fiksyen 302


Ditulis oleh penulis thriller no satu malaysia ramlee awang murshid

Untuk mereka yang hobinya sama macam aku yang suka berfantasi, berangan dan berkhayal-khayalan menjadi atromen, superman dan kadang2 menjadi conan tu elok sangatlah baca cerita2 RAM ni ye~ 

Novel ni berkisahkan hukuman bunuh mandatori yang diada-adakan oleh watak zonan.
Ia disebabkan oleh dendam yang tersumat akibat pembelaan yang tidak adil dan penuh dengan tipu helah berkaitan dengan kematian tunang Irwansyah iaitu Zarina dan menyebabkan pembunuh Zarina terlepas dari hukuman mati mandatori.

Pada asalnya seorang pemimpin kerajaan ataupun nak mudah paham pemimpin umno (kehkehkeh) iaitu Datuk Mahali dituduh membunuh Zarina iaitu setiausahanya. Pertuduhan itu bertambah kukuh apabila Zarina telah mengetahui segala rahsia penyelewengan wang rakyat oleh Datuk Mahali.

Tetapi akhirnya rahsia pembunuh sebenar Zarina terbongkar setelah isteri Datuk Mahali, Datin Ummu Hani mengaku sendiri yang dia melakukan pembunuhan itu dan dibantu oleh pengawal peribadi Datuk Mahali sendiri. Ummu Hani melakukan pembunuhan itu kerana cemburu dengan zarina dan berprasangka bahawa Datuk Mahali mempunyai hubungan sulit dengan Zarina kerana Datuk Mahali memang terkenal dengan sikapnya yang kaki perempuan tetapi rahsia pembunuh sebenar itu hanya diketahui anaknya Rita.

Untuk memastikan rancangan membalas dendam zonan menjadi, ramai yang telah terkorban dan pesakit mental telah menjadi mangsa yang diperalatkan oleh zonan melalui halusinasi dan pengaruh psikologi pesakit mental itu sendiri.

Sepanjang aku membaca cerita ni, nak tau apa yang aku terbayang-bayang mengenai wajah2 watak dalam fiksyen 302 ni..


- Datuk Mahali -


- Datin Ummu Hani -


- Zarina -


Seakan-akan kan???
Kalau nak tau seakan-akan ke tak boleh la terlebih dahulu membaca novel ni,hihi..

Mungkin sinopsis ikut suka hati aku ni tak berapa nak bess tapi Serius, duarius, dan tigarius bess beb cerita ni. 


~Ketika membaca anda akan berfantasi seketika~


No comments:

Post a Comment