Tuesday 20 December 2011

aktiviti dikala cuti sem - misi mengejar ayam belanda di N9

Demi mencari ayam belanda. Pagi2 jumaat hari tu lagi aku terus lancar pergi N9.

"Eh jap jap,
apa kaitan ayam belanda sampai pergi N9??"

sebab N9 dekat sikit kot dengan Belanda. Tak pun orang2 N9 semua koya belanda belaka,hihihihi..


Sampai je N9 tempat pertama aku pergi ialah Bahau sebab dengor cerita Cik Peah, kat situ bersepah ayam belanda

Sampai je Bahau...


Aik??? mana ayam belanda?? anser je??

katanya cik kioh, semalam mak bedoh datang pergi kautnya semua ayam2 belanda.
katanya nak buat kenduri kawin anaknya semasa kerismes nanti.
kenalah buat gulai ayam belanda. Ikut musim katanya.

celake mak bedoh ni.huh!!

tapi nasib baikla..


rumak cik kioh ni banyak pokok rambutan, lebat pulak buahnya tu.
katanya ni tengah musim buah kayu. kt N9 masa ni buah rambutan,durian,duku macam2 buah ada.


Apa lagi, aku angkut la rambutan tu banyak2. Dah penuh 2 lori baru aku cabut.
 sebelum aku bla tu Cik Kioh ada bagitau yang kat rumah Mek Senoh kat Hulu Bendul pon banyak juga ayam belanda.

"Apa lagi, jom ke hulu bendul!!"

ahh, sibuk kau!! jom2!!

sampai di Hulu Bendul..



Cik Kioh Cik Kioh, ni ke yang Cik Kioh cakap ayam belanda tu??
ni ayam api-api la Cik Kioh, bukan belanda, hadoiii!!


Tapi nasib baikla rumah Mek Senoh ni ada duku. boleh juga aku mentekedarah menatang ni puas2,hihi.

dah agak-agak sesak dah perut ni dengan buah duku, aku pon mintak diri dulu untuk menyelesaikan misi ini.
Sebelum aku nak angkat kaki tu, Mek Senoh ada cakap yang kt Gunung Pasir pun rasanya ada juga ayam belanda.

Oleh kerana penat sangat seharian perjalanan dari Terengganu. Nak rehat2 la jugak. Chalet kat air terjun hulu bendul la menjadi pilihan idaman laa sangat,hihi.


Ni ha chalet tu. Cantikkan belah luar dia. Belah Dalam aku tak cerita la,kihkihkih..

Bangun je pagi esok aku terus gerak pergi ke Gunung Pasir 5-7 km dari Seri Menanti.
Habis Mak Senoh bagitau kat situ pun ada ayam belanda.
Ayam belanda punya pasal Gunung Pasir pun aku sanggup daki,hihi..


Sampai je di Gunung Pasir tiba2 aku terhidu bau hancing.
Bau hancing ni bukan hancing biasa.
Ni bau hancing rebung!!

Aku mesti cari dimana bau hancing rebung ni datang.
OOHHHH!!!

Akhirnya jumpa juga aku asal-usul bau hancing ni.
Rupa2nya ada majlis kenduri kahwin.

Apa lagi, aku pergi langgar la itu punya kenduri.
masuk2 je terus cari tuan rumah.

"Pakcik Tuan rumah, boleh tak saya nak rasa sikit makanan kenduri rumah pakcik ni, cantik anak pakcik hari ni tau"..

Nak tau apa pak cik tu cakap??

"Nasib baik ni kenduri anak aku yang kahwin,kalau aku yang kahwin,aku ajak dengan kau2 sekali makan beradab kat meja pengantin, emmm.. kalau kenduri smael kucing tu, jangan harap, kedekut taik masin,anak dia pun sama juga,kedekut,dah la pinjam duit aku tak bayar2 lagi, haa pergi a makan tu,makan kenyang2 ye nak"

haeeii, gaya pakcik ni sama je dengan cik senoh, sempat lagi buat ketupat.

YEEEHUUUU!!! JOM MAKAN!!!


Tu dia!!! rebung perut masak lemak cili api!! 
Ingat nak angkut aje satu bekas besor tu, tapi pakcik tuan rumah dok kerling aku lain macam je dari tadi.
kehkehkeh!!



Nyumm2!! Rebung perut+ulam+tempoyak+ayam
Alhamdulillah. Dapat makan free hari tu.

Yang paling unik nyer jamuan hari tu, durian pun dia hidang kat aku.


Dah rasa tak boleh nak sumbat lagi makanan2 dekat kenduri tu dalam perut baru aku sambung misi mencari ayam belanda balik.

Smpai puncak gunung nu aku cari. Tapi tak jumpa2 juga.
emm, nak buat macam mana.

Aku tanya lah sorang pakcik tu penduduk gunung pasir kot.
"pakcik, kenapa ayam belanda dah tak ade eh?? ni kan nak kerismes dah."
pakcik tu jawab..
"Ayam belanda kat sini semua dah dihantar balik sebab tak ade passport dan masuk ke malaysia ni secara haram"
Bangsat punya ayam belanda, nak datang malaysia tu buat la passport ke, pas lawatan ke tak pun permit kerja ke. Mengidam aku nak makan ayam belanda tau tak??

Dengan perasaan yang agak kecewa,aku pun pergi kemas2 barang dan terus betolak balik ke terengganu.
:(

Dalam perjalanan balik tu, keluar aje dari seri menanti tu aku terus terserempak dengan menatang nih.


nampak tak, berapa banyak salai tu hah.
Macam best aje. apa lagi, aku parkir kereta elok2 tepi jalan tu terus pergi usha2 menatang2 salai tu.


Oleh kerana dok kejar ayam belanda tak dapat2. Jadi aku buat keputusan muktamad tanpa persetujuan senad untuk membeli 2 ekor itik sebagai  ganti kepada ayam belanda.


KUEKK!!KUEKK!!KUEKK!!


gila cool akak ni. Tetak itik pakai baju nak pergi kenduri kahwin aje.


Dah beli itik aku pun balik terus ke terengganu.
Ayam belanda tak dapat.
itik pun itik lah.

Nota dari ayam belanda: cerita di atas mempunyai unsur tokok tambah dan berbaur fitnah.

No comments:

Post a Comment