Sunday 17 July 2011

liku-liku jejak misteri 709!!

 Mungkin agak terlambat untuk aku menceritakan kisah aku pergi ke BERSIH 2.0
tapi, apa aku kesah?? ni belog aku kot,hihi..

Mungkin ada org cakap yg " perlu ke bagitau kau pergi BERSIH?? nak belagak la tu, benda baik tak yah la nak heboh2"... yang ni aku suruh jiran aku je jawab sebab aku dah kompem2 tau apa yang jiran aku nak jawab, nak tau jiran aku jawab apa?? " pergi mampos laa kau!! ",hihi...

cabaran jejak misteri 709 bermula semasa road block dekat bentong, kereta aku terpilih oleh polis untuk
dilakukan pemeriksaan medical check up,kehkehkehkeh... ( "eh, biasa hihi.. asal plak kali ni kehkehkeh??"... tak pe, nnt aku sruh jiran aku jawab,hihi..)

semua beg aku dan saeng2ku (kawan2) digeledah macam kami ni penjenayah besar, penyeludup dadah terbesar!! rupa2nya budak2 baju biru ni just nak cek takut2 ada baju bersih,kehkehkehkeh!!! nasob baik tak de,hihi...
pastu budak biru tu tanya " ni korang nak pergi mana??" degan selamba kitaorang jawab nak g konsert digi,hihi.. dengar je kitaorng nak g konsert digi budak baju biru tu pn terus suruh kami bla, mungkin dia pikir kitaorang betol2 nak gi konsert kot sebab tengok muka sekor2 mcm sampah masyarakat je, tak mungkin nak g bersih.. kehkehkehkeh, kami berjaya menipu si budak baju biru tu dengan begitu tenang, weekkk!!! :P

terlepas cabaran pertama cabaran kedua mula menjelma... sehari sebelum bersih, kereta aku tiba2 rosak!! dah la masa tu kat subang dua!! mcm mana ni nak pergi KL, dah la esk bersih!!! akhirnya kami ambik keputusan untuk tinggalkan kereta kt subang tu dan naik train kt sungai buloh untuk pergi ke KL... semasa OTW nak ke ktm sungai buloh, aku lihat jalan ke KL jem gile babi!!! kereta Q panjang gile, ada la dekat 5-6 kilometer kepanjang Q tu.. fuhh, Alhamdulillah, mungkin ada hikmah juga keret aku rosak, kalau tak mungkin aku akan terperangkap dalam jem nenas tu,hihi...

aku and the gang sampai kl mungkin dlm jam 8 mlm.. lepas tu kami jalan2 pusig2 tawaf2 bukit bintang sampai nak mampos!! ( aku sendiri pon tak tau nape la kami ni dok pusing2 kat BB tu, mungkin seronok kot dapat tengok ramai orang berbilang kaum dan agama,hihi)

selepas dah rase boring yang amat pusing2 kat BB tu, kami ber sepakat untuk tido di masjid india.. jejak bersih kami menjadi semakin mencabar apabila kami di ekori oleh orang yang kami tidak ketahui asal usulnya.. mamat ikut sahaja kemana kami pergi sambil buat2 mesra gittuuwwhh dgn kami...
aku bimbang mamat ni polis je, SB ke, pape ke.... x pasal2 kang kene tangkap tak dan nak join bersih.

dah la mamat ni cakap macam mengarut+berbelit gile, sungguh menakutkan!!!
mamat freak ni ikut kami sampai ke masjid india.. tak boleh jadi ni!!
kami hilang idea macam mana nak lari dari mamat ni.. fuck!!!

tiba2 kami ternampak sekumpulan orang2 tua sedang berkumpul di salah satu sudut banggunan di kawasan masjid india.. lepas tu salah sorang dari gang aku ni bagitau kat mamat freak tu " eh, ce kau pergi tanya2 pakcik2 tua kat tadi tu diorang nak tido mane, mane tau kita boleh join skali"...

lepas tu mamat freak tu pergila kt pakcik2 tu, bila mamat freak tu jauh skit dari kami, kami pun terus cabut lari macam kene kejar ngan anjing,hihi...
kami lari sambil cari hotel2 murah.. kali ni jumpe je mane2 hotel kene terus check in, klu jumpa ngn mamat tu mampos la kitaorng!!! malangnya semua hotel yg kami lalu semua nyer full house,shit!!!

lepas tu kami jumpe la satu hotel yang ada bilik kosong, tapi aircond dia palk bocor, so kami dok pikir2 nak cari lg hotel lain.. sebaik kami kluar je dari pintu hotel tersebut tiba2 kelibat mamat freak tu kelihatan dari jauh berjalan degan laju sambil kakinya macam ter hencot2 sikit kearah kami.. apa lagi!!! cabut lari laa lagi!! haiiyyaaa!!!! mampos2!!!! kami lari pusing2 je kat banggunan di kawasan masjid india tu dan akhirnya kami pergi ke hotel yang aircond bocor tadi tu tgk kiri kanan mamat freak tu dh tak de kami pun terus check in.. bocor pon bocor laa, janji dapat lari dari mamat freak tu,hihihi...

masuk je bilik... lepas solat sekor2 tido mcm orang mampos,hihi...

bangun je pagi esok aku dengar mcm ada orang sedang berkawad, pastu jenguk laa kat tingkap.. tgk2 ramai gile polis sedang berkawad.. lepas berkawad tu mereka bersurai dan dok round kawasan masjid india tu bersama dengan gari plastik sekor sorang..

lepas solat mandi, aku and the gang pon turun ke bawah cari restoran.. semua restoran yang buke full dengan pejuang2 yang nak gi bersih..

fuck off punya org yang cakap kedai bnyk rugi kalau buat bersih.. aku tengok happy gila peniaga, banyak makanan dorang habes di jual...

hampir jam 12 tgh hari aku and the gang pon join demo bersih.. hidup rakyat!!!!!
salah seorang kawan aku di tangkap polis,kehkehkeh... padan muka!!
papepon, aku harap kawan aku dan peserta lain yang ditangkap dapat meneruskan perjuangan menuntut keadilan!!! aku bangga dan tabik sama korang!!!!





sebelum bermulanya demo,masih sempat bergambar dengan blogger "hilang punca"


 

selepas selesai berdemo, sempat juga bergambar dengan kenderaan yang membawa anjing2 najib razak

nota tangan sakti: teruskan perjuangan mu menuntut keadilan wahai rakyat malaysia!!!

No comments:

Post a Comment